Dari Fisik Kepada Metafisik

Oleh: Ayatullah Syahid Behesyti

  1. Langkah Pertama Di atas Jalan Pengetahuan

Terdapat sebilangan ahli ilmuan yang berpandangan bahawa usaha manusia untuk mencapai pengetahuan bermula dengan usahanya untuk memahami alam sekitarnya. Pada mulanya, usaha ini amat terbatas dan cetek. Ia mengenal ciri-ciri seperti warna, bentuk, bau, rasa, sejuk dan panas, sifat keras dan kasar pada sesuatu benda dan makhluk yang sering berhubungan dengan manusia. Bentuk asal pengetahuan manusia ini tidak banyak berbeza daripada bentuk yang dialami oleh hewan-hewan lain tentang persekitaran yang menjadi latar kepada kehidupan mereka.

Kelebihan yang dimiliki oleh manusia berbanding daripada hewan-hewan lain ialah memandang tinggi  manusia kepada ilmu pengetahuan tidak berhenti setakat peringkat asas pengetahuan ini sahaja dan dia berusaha untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuannya. Pengalaman sejarah secara meluas menunjukkan bahawa manusia amat bercita-cita untuk memiliki pengetahuan yang besar tentang dunia ini dan ia menolak untuk membataskan usahanya dalam hal ini.

Satu daripada soalan yang membingungkan tentang kewujudan manusia ialah: Apakah tujuan di sebalik perasaan yang tidak terbatas dan memandang tinggi kepada ilmu pengetahuan? Sama ada perasaan itu adalah rasa dari dalam diri manusia ataupun fitrah, satu bentuk perasaan lapar yang menuntut dipuaskan dan barangkali tidak akan dapat dipuaskan sepenuhnya? Atau adakah perasaaan memandang tinggi kepada ilmu pengetahuan dan kefahaman bukan suatu kehendak yang turun termurun manusia tetapi adalah satu alat yang mendorongnya untuk memuaskan fitrahnya dan merupakan kepada asas kepada kehendak dan keperluannya?

Bukanlah mudah untuk memberikan penjelasan dan jawapan yang tepat kepada soalan-soalan tersebut, dan kami tidak akan menyentuhnya dalam perbahasan kita pada kali ini. Tidak kira apa juga dorongan yang membawanya kepada mendapatkan ilmu pengetahuan, satu perkara yang jelas bahawa, mengambil setiap langkah, manusia sudah bersedia untuk langkah seterusnya di atas jalan ilmu pengetahun dan dia tidak pernah menghentikan usahanya dalam mencari kefahaman dan pengetahuan yang mendalam.

2.     Pengetahuan Saintifik Tentang Alam

Selepas mencapai pengetahuan yang asas dan mudah tentang persekitarannya, manusia mula mencari pengetahuan yang mendalam tentang alam. Dia mula berusaha mendapatkan pengetahuan tentang struktur dalaman alam persekitaranya, hubungan di antara satu dengan lain, dan sebab-sebab tentang kewujudan dan kehancurannya.

Maklumat yang amat berharga yang diperolehi oleh manusia dalam usahanya itu membuktikan ia amat berguna kepada manusia, membolehkannya memperbaiki kehidupannya. Manusia kemudian mempunyai cita-cita untuk mengembang dan meluaskan kefahamannya tentang alam persekitarannya. Kefahaman ini menjadi lebih mendalam, lebih berhasil dan lebih meluas, melahirkan berbagai cabang sains alam semulajadi.

3.     Ilmu  Pengetahuan “Bentuk dan Nombor”

Marilah kita beranggapan manusia telah mengenal  bentuk dan nombor pada peringkat awal kajiannya tentang alam. Maka pengetahuannya tentang bentuk dan nombor adalah berakar umbi dari alam. Dengan  kata lain, dia menjadi terikat kepada “bentuk konkrit” dan “nombor konkrit” dan tidak dengan “bentuk abstrak” dan “nombor abstrak”.

Kebiasaan seperti “bentuk konkrit dan nombor” amatlah memberi kesan kepada manusia, sehingga dia mencapai peringkat pembangunan intelektual di mana dia mampu untuk membentuk satu keputusan yang bersifat umum daripada pengalamannya berhubung dengan benda-benda, memisahkan berbagai ciri setiap benda dan membentuk satu konsep yang tertentu bagi setiap benda-benda tersebut. Dia juga dapat membentuk konsep yang tertentu untuk bentuk dan nombor. Konsep-konsep ini adalah bersifat mandiri bagi setiap benda. Dengan kata lain, adalah abstrak. Syukur kepada kemampuan dan kekreatifan akal fikirannya, maka manusia mencipta “nombor-nombor matematik” dan “bentuk-bentuk geometrik” dalam fikirannya, yang membuka kepada persoalan baru daslam bidang intelektual yang menerokai alam, sebagai hasilnya, para pengkaji  nombor begitu tertarik kepadanya dan mulai mengkajinya.

Para pengkaji ini membuat pengiraan yang sama seperti yang sering digunakan oleh  orang ramai berkaitan dengan  “bentuk dan nombor matematik” dalam kehidupan seharian mereka dan kemudian beransur-ansur menemui beberapa hubungan rapat antara bentuk dan nombor.

Penemuan ini membawa manusia ke arah memperolehi kefahaman yang lebih baik tentang alam, dan membangunkan minat dalam pengkajian yang lebih luas dalam perkara ini. Sebagai hasilnya, satu bidang lain muncul yang kemudian dinamakan matematik.

 

Ilmu Pengetahuan Tentang Prinsip-prinsip Alam

Pengkajian saintifik dalam fenomena alam dan sebab-sebab kewujudannya, beransur-ansur menarik perhatian kepada para pengkaji untuk menerokai masalah baru. Dalam kajian yang mereka lakukan, mereka telah menemui bahawa setiap fenomena alam yang wujud adalah disebabkan berbagai faktor atau penyebab. Pada masa yang sama, setiap penyebab ini adalah juga merupakan fenomena alam, maka sebab-sebab kewujudannya hendaklah juga dikaji. Jika sebab kewujudan fenomena alam ini adalah hanya merupakan fenomena alam semata-mata, maka kita hendaklah melihat juga sebab-sebab kewujudannya itu.

Para pengkaji ini akhirnya sampai kepada persoalan: Adakah rantai sebab dan akibat berlanjutan tanpa penghujung atau adakah ia sampai ke satu titik yang menjadi punca dan asas kepada kewujudan ini? Dan  jika rantaian sebab dan akibat sampai kepada titik hujung, maka apakah prinsip di manakah tiitik hujung itu?

Persoalan-persoalan itu membawa kepada terbina satu cabang ilmu yang bertujuan untuk memahami prinsip alam ini.

 

Metafisik

Aristotle (384-322SM), merupakan ahli falsafah Yunani, telah menulis satu karya yang panjang berkaitan dengan memahami prinsip-prinsip alam. Tulisan beliau itu merupakan sebahagian daripada hasil karya falsafah dan saintifik beliau.  Dalam koleksi hasil karya saintifik dan falsafah beliau ini, bahagian ini menjurus kepada bahagian sains alam.(fisik) Dalam al-Fihrist, Ibn Nadim (w.483H) menulis bahawa kandungan susunan buku tersebut adalah seperti berikut: logik, fisik, teologi [2] dan ethika.[3]

Adakah penyusunan yang dibuat oleh Aristotle sendiri atau oleh orang yang mencetak bukutnya selepas kematian beliau? Kamus Moien Persian menyatakan tentang hal ini: “Aristotle telah meletakkan bahagian pembelajaran ini selepas sains alam (fisik) dan ia dinamakan Metafisik.”[4]

Tetapi dalam Kamus Jerman, Brockhaus, menyatakan bahawa penyusunan tersebut adalah hasil usaha penerbit buku Aristotle, beliau berkata: Metafisik terdiri daripada sebab mutlak sesuatu benda yang di luar batas pemerhatian dan pengalaman. Ethimologikal Metafisik bermaksud melampaui batas fisik, maka penerbit yang menerbitkan buku Aristotle telah meletakkan bahagian ini selepas bahagian fisik (sains alam).[5]

Dalam sebarang hal, koleksi kerja falsafah yang telah ditinggalkan oleh peripatetik, golongan pengikut Aristotle, bahagian yang menyentuh ilmu pengetahuan tentang “prinsip-prinsip alam” mengikuti bahagian yang menyentuh tentang “memahami alam”, iaitu sains alam semulajadi (fisik).

Dalam kitabnya, Shifa, Ibn Sina (980-1036M) berkata:”Ini adalah seni yang keenam, dalam seni yang ketujuh, kami akan mempertimbangkan tentang kehidupan tumbuh-tumbuhan dan dalam seni yang kelapan kita akan mengetengahkan tentang keadaan hewan. Pada peringkat ini, kami akan mengakhiri kajian kami tentang sains alam. Kemudian kami akan menjelaskan tentang sains matematik dalam empat seni.

Ini akan diikuti dengan teologi. Kami akan memasukkan dalam kitab ini perbahasan tentang akhlak secara ringkas [6].

Ibn Sina telah menetapkan untuk membahaskan tentang matematik selepas sains alam (fisik). Ini diikuti dengan teologi dan selepas ini ilmu pengetahuan tentang prinsip-prinsip alam . Tetapi dalam kitab Shifa yang dicetak, susunan mengikut Aristotle telah dipatuhi dan bahagian yang membincangkan tentang teologi mengikuti bahagian sains alam (fisik). Bahagian matematik tidak dimasukan dalam teks tersebut.

 

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s