Sebab-sebab Aku Mengikut Madzhab Ahlul Bayt AS [21]

Oleh: Tijani 

Banyak sebab yang mendorongku untuk mengikuti madzhab Ahlul Bayt (Syiah). Dan tidak mungkin bagiku menyebutkan secara terperinci di sini kecuali sebahagian sahaja.

1. Nas Khalifah

Aku telah berjanji pada diriku ketika memasuki perbahasan ini untuk tidak berpegang kepada mana-mana dalil kecuali ianya benar dipercayai oleh kedua madzhab, dan membiarkan mana-mana dalil yang hanya diriwayatkan oleh satu madzhab sahaja. Lalu aku mengkaji suatu subjek tentang keutamaan antara Abu Bakar dan Ali bin Abi Talib; dan khalifah (kekhalifahan) pada dasarnya adalah hak Ali jika dilihat dari segi nas sebagaimana yang didakwa oleh Madzhab Syiah; sementara madzhab Sunnah mendakwa bahawa khalifah ditentukan dengan pilihan dan syura.

Mereka yang mengkaji subjek ini jika benar-benar tulus untuk mencari kebenaran maka mereka akan mendapati bahawa nas yang mengatakan Ali sebagai khalifah adalah sangat jelas sekali. Seperti sabda baginda SAWA:”Siapa yang menganggapku aku sebagai maulanya (pemimpin) maka inilah Ali sebagai maulanya”. Beliau sabdakan ini setelah beliau kembali dari hajinya yang terakhir yang dikenal dengan Hujjahtul Wada’. Lalu berduyun-duyunlah orang datang mengucapkan tahniah kepada Ali, hatta Abu Bakar dan Umar sendiri. Mereka berkata:”Tahniah, tahniah untukmu wahai putera Abu Talib, engkau telah menjadi maula setiap Mukmin lelaki dan perempuan”[60].

Nas ini telah disepakati oleh madzhab Syiah dan Sunnah. Yang aku sebutkan dalam kajianini hanyalah buku-buku rujukan Ahlul Sunnah sahaja. Itupun bukan semua kerana ianya jauh lebih banyak dari apa yang aku sebutkan. Untuk mendapatkan dalil-dalil yang lebih terperinci aku mengajak para pembaca menelaah kitab al-Ghadir karya al-Allamah al-Amini. Buku ini setebal tiga belas jilid di mana penulisnya telah menyenaraikan para perawi hadithnya dari golongan Ahlul Sunnah yang cukup banyak.

Adapun ijmak yang didakwa sebagai asas terpilihnya Abu Bakar di Saqifah  Bani Sa’idah lalu kemudian dibaiah di masjid adalah dakwaan yang tidak berasas. Bagaimana itu boleh dikatakan ijmak  sedangkan beberapa orang sahabat terkemuka seperti Ali, Abbas, dan Bani Hasyim yang lain tidak ikut serta membaiahnya. Begitu juga Usamah bin Zaid, Zubair, Salman al-Farisi, Abu Dzar al-Ghaffari, Miqdad bin al-Aswad, Ammar bin Yasir, Abu Ayyub al-Ansari, Jabir bin Abdullah, Khalid bin Saad dan banyak lagi [61].

Mana ijmak yang diperkatakan itu wahai hamba-hamba Allah? Seandainya hanya Ali sendiri yang tidak membaiah, maka itu sudah cukup sebagai bukti tercelanya ijmak seumpama itu. Ini kerana beliau adalah satu-satunya calon khalifah yang ditunjuk oleh Rasulullah SAWA, jika katakanlah tiadanya nas yang terang-terangan menunjukkannya sebagai khalifah.

Sesungguhnya bai’ah Abu Bakar berlaku tanpa musyawarah. Ianya berlaku ketika manusia-manusia sekitarnya sedang bingung dan sibuk terutamanya Ahlul Halli Wal Aqdi (orang-orang yang pakar yang utama dan berkeupayaan) di mana mereka sedang sibuk mengurus jenazah Nabi SAWA dan mengkebumikannya. Waktu itu penduduk kota Madinah sedang dikejutkan dengan wafatnya Nabi mereka, lalu selepas itu mereka dipaksa untuk membai’ah sang khalifah [62]. Hal ini dapat kita rasakan dari cara ugutan mereka untuk membakar rumah Fatimah jika orang-orang yang ada di dalamnya enggan memberikan bai’ah. Nah, lalu bagaimana dapat kita katakan yang ianya berlaku secara musyawarah dan ijmak?

Umar sendiri telah mengatakan bahawa bai’ah yang diambil waktu itu adalah tergesa-gesa, di mana Allah telah menjaga kaum Muslimin dari kejahatan.Beliau mengatakan lagi bahawa siapa sahaja yang mengulangi cara pembai’atan seperti itu maka mereka mestilah dibunuh atau bai’ahnya tidak sah dan tidak diperakui [63].

Imam Ali telah berkata tentang haknya ini:”Demi Allah, Ibnu Abi Qahafah (Abu Bakar) telah memakainya (hak khalifahku) sedangkan beliau tahu bahawa kedudukanku dengan khalifah ini bagaikan kedudukan kincir dengan roda”[64].

Sa’ad bin Ubadah seorang pemuka kaum Ansar yang menyerang Abu Bakar dan Umar di hari Saqifah dan berusaha bermati-matian untuk mecegah mereka dari jawatan khilafah, namum beliau tidak mampu disebabkan beliau sakit dan tidak dapat berdiri, beliau berkata setelah kaum Ansar membaiah Abu Bakar:”Demi Allah, sekali-kali aku tidak akan membai’ah kalian sehinggalah aku lemparkan anak-anakku dan aku lumurkan tombakku serta aku hayunkan pedangku dan aku perangi kalian bersama-sama keluargaku dan kaumku. Demi Allah, seandainya manusia dan jin berkumpul untuk membaiah kalian maka aku tetap tidak akan membai’ah sehinggalah aku berjumpa dengan Tuhanku”. Sa’ad bin Ubadah tidak solat bersama-sama mereka dan ikut serta berkumpul bersama-sama mereka bahkan tidak mengerjakan haji bersama-sama mereka. Seandainya ada sekumpulannya orang mahu memerangi mereka maka ia akan membantu dan seandainya ada orang yang membaiahnya untuk memerangi mereka maka ia akan perangi. Begitulah keadaannya sehingga beliau wafat di Syam pada masa pemerintahan Umar [65].

Jika bai’ah ini dilakukan tergesa-gesa dimana Allah telah memelihara kaum Muslimin dari kejahatannya seperti yang dikatakan oleh Umar sendiri, seorang arkitektur yang rancangan ini dan tahu akibat-akibat yang akan dialami oleh kaum Muslimin kerananya.

Dan jika khilafah ini merupakan “pakaian” Abu Bakar sahaja, seperti  yang diibaratkan oleh Imam Ali mengingatkan bahawa dialah yang tuan empunya yang sah. Dan diba’iah ini diambil secara zalim seperti yang dikatakan oleh Sa’ad bin Ubadah, pemuka kaum Ansar yang memisahkan diri dari jamaah kerananya. Dan jika bai’ah ini tidak sah secara syariat mengingatkan sahabat-sahabat yang besar seperti Abbas paman Nabi tidak memberinya, lalu apa hujah keabsahan khilafah Abu Bakar? Jawabnya: tidak ada hujjah dari kalangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Dengan demikian maka benarlah hujjah Syiah dalam hal ini kerana nas tentang kekhilafahan Ali nyata ada di dalam Ahlul Sunnah sendiri. Mereka telah menakwilkannya kerana ingin menjaga kemuliaan sahabat. Namun bagi orang yang insaf dan adil, maka dia tidak akan mendapatkan alasan lagi kecuali mesti menerima nas ini terutamanya jika ia mengetahui peristiwa-peristiwa yang menyelubungi lam sejarah ini [66].

2. Perselisihan Antara Fatimah Dan Abu Bakar

Subjek ini juga disepakati kesahihannya oleh dua madzhab, Sunnah dan Syiah. Orang yang insaf dan berakal tidak akan dapat lari kecuali harus mengatakan aygn Abu Bakar telah bersalah walaupun dia tidak mengiktiraf sikap zalimnya terhadap Penghulu Wanita ini. Mengingatkan bahawa mereka mengkaji tragedi ini dan mengetahui seluk-beloknya secara terperinci dia akan tahu pasti bahawa Abu Bakar sengaja mengganggu Siti Zahra’ dan mendustakannya agar beliau tidak dapat berhujah dengan nas-nas al-Ghadir dan lainnya akan kesahihan hak khilafah suaminya dan putra pamanya Ali. Kamu menemui bukti-bukti yang cukup tentang hal ini. Antara lain apa yang dikatakan oleh ahli-ahli sejarah bahawa Fatimah Zahra’, semoga Allah mencucurkan kesejahteraan kepadanya, pernah mendatangi tempat-tempat pertemuan kaum Ansar dan meminta mereka membantu dan membai’ah Ali. Mereka menjawab:”Wahai putri Rasulullah, kami telah memberikan bai’ah kepada orang ini (Abu Bakar), seandainya suamimu dan putra pamanmu mendahului Abu Bakar maka kami tidak akan berpaling darinya. Lalu Ali berkata: Apakah aku akan tinggalkan Rasulullah SAWA di rumahnya dan tidak mengurus jenazahnya, lalu keluar dan melawan mereka tentang pemerintahan? Fatimah menyahut:Abul Hasan (Ali) telah melakukan apa yang sepatutnya beliau lakukan; sementara mereka telah melakukan sesuatu di mana Allah akan menjadi Penghisab dan Penuntutnya [67].

Seandainya Abu Bakar memang berniat baik dan tersilap maka hujah-hujah Fatimah telah menyedarkannya. Tetapi Fatimah tetap marah kepadanya dan tidak berbicara dengannya sehinggalah beliau wafat. Ini kerana Abu Bakarmenolak setiap dakwaan Fatimah dan tidak menerima kesaksiannya bahkan kesaksian suaminya. Ini semua menyebabkan Fatimah begitu marah kepada Abu Bakar sehingga beliau tidak izinkan Abu Bakar menghadiri pemakaman jenazahnya seperti yang diwasiatkannya kepada suaminya Ali agar menguburkankan di waktu malam secara sembunyi [68].

Tentang pengkebumikan Fatimah AS secara rahsia di waktu malam ini, aku sendiri – dalam masa-masa pengkajianku telah berangkat ke Madinah untuk memastikan kebenaran ini. Di sana aku dapati bahawa:

Pertama: Kuburan Fatimah az-Zahra’ tidak diketahui oleh sesiapapun. Sebahagian berkata: ada di Kamar Nabi (Hujrah Nabawiyah), sebahagian yang lain berkata di rumahnya berhadapan dengan Kamar Nabi; yang ketiga berkata di Baqi’ di tengah-tengah kuburan Ahlul Bayt tetapi tidak pasti tempatnya.

Hakikat pertama yang aku simpulkan adalah beliau, Fatimah Zahra’ ingin agar generasi kaum Muslimin di masa-masa berikutnya bertanya-tanya tentang sebab kenapa beliau meminta agar suaminya  mengkebumikannya di waktu malam dan secara rahsia tidak dihadiri oleh sesiapa pun. Ini memungkinkan seorang muslim untuk sampai pada kebenaran melalui pengkajian-pengkajian di dalam sejarah.

Kedua: Aku dapati bahawa orang yang ingin berziarah ke kuburan Uthman bin Affan terpaksa berjalan cukup jauh untuk sampai ke penghujung kawasan Baqi’. Di situ dia akan dapati kuburan Uthman berada di bawah sebuah dinding, sedangkan kebanyakan sahabat dikuburkan di tempat yang berhampiran dengan pintu masuk Baqi’. Hatta Malik bin Anas, imam Madzhab Maliki, seorang Tabi’it-Tabi’in (generasi keempat selepas Nabi SAWA) dikuburkan dekat dengan isteri-isteri Nabi.

Disini jelas bagiku apa yang dikatakan oleh ahli-ahli sejarah bahawa Uthman telah dikuburkan di Hasy Kaukab, iaitu sebidang tanah yang dimiliki oleh orang Yahudi. Disebabkan kaum Muslimin pada waktu itu telah melarangnya untuk dikebumikan di Baqi’ Rasul SAWA. Ketika Muawiyah  menjadi khalifah maka dia telah membeli tanah itu dari orang Yahudi tersebut lalu dimasukkannya sebagai sebahagian daripada kawasan Baqi’ agar kuburan Uthman juga termasuk  di dalamnya. Bagi mereka yang berziarah ke Baqi’ maka dia akan melihat hakikat ini dengan jelas sekali.

Aku berasa bertambah hairan ketika aku mengetahui bahawa Fatimah Zahra AS adalah orang yang pertama menyusul ayahnya. Antara wafat Rasul dengan wafatnya Fatimah AS hanya dipisahkan dengan enam bulan sahaja (mengikut pendapat yang paling lama) tetapi beliau tidak dikebumikan di sisi ayahnya!

Jika Fatimah Zahra’ yang berwasiat agar dikebumikan secara rahsia, dan tidak dikuburkan dekat dengan kuburan ayahnya seperti yang disebutkan di atas, lalu apa pula terjadi dengan jenazah putranya Hasan yang tidak dikuburkan dekat dengan datuknya Nabi SAWA? (Ummul Mukminin) Aisyah telah melarangnya untuk dikebumikan di sana. Ketika Husayn datang untuk mengkebumikan abangnya Hasan di sisi kuburan datuknya Nabi SAWA, Aisyah datang dengan menunggang baghalnya dan berteriak: Jangan dikuburkan di rumahku orang yang tidak aku sukai. Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim telah berbaris hampir berperang, tetapi Imam Husayn berkata kepada Aisyah bahawa dia akan membawa jenazah abangnya sahaja ke kuburan datuknya, lalu akan dikuburkan di Baqi’. Imam Hasan berpesan agar jangan tertumpah setitis pun darah kerananya.

Ibnu Abbas mendendangkan syairnya kepada Aisyah:

Kau tunggangi unta [69]
Kau tunggani baghal [70]
Kalau kau terus hidup
Kau akan tunggangi gajah
Sahammu kesembilan dari seperlapan
tapi telah kau ambil semuanya

Ini adalah contoh dari rangkaian hakikat yang sungguh menghairankan. Bagaimana Aisyah mewarisi pusaka semua rumah Nabi sementara isteri-isteri baginda berjumlah sembilan, seperti yang diungkapkan oleh Ibnu Abbas di atas.

Jika Nabi tidak meninggalkan waris seperti yang disaksikan oleh Abu Bakar dan melarangnya dari Fatimah, lalu bagaimana Aisyah mewarisi pusaka Nabi? Apakah ada di dalam al-Qur’an suatu ayat yang memberikan hak pusaka kepada isteri dan menyekatnya dari anak perempuan? Ataukah politik yang merubah segala sesuatu sehingga mengharamkan si anak perempuan dari menerima segala sesuatu dan memberikan kepada si isteri segala sesuatu?

Di sini saya akan bawakan suatu kisah yang disebutkan oleh sebahagian ahli sejarah dan ada kaitan dengan cerita tentang harta pusaka ini.

Ibnu Abil Hadid al-Mu’tazili di dalam bukunya Syarh Nahjul Balaghah berkata:”Aisyah dan Hafsah mendatangi Uthman di masa kekhalifahannya. Mereka meminta agar pusaka Nabi tersebut diberikan kepada mereka. Sambil membetulkan cara duduknya, Uthman berkata kepada Aisyah:”Engkau bersama orang yang duduk itu pernah datang membawa seorang Badwi yang bersuci dengan air kencingnya dan menyaksikan bahawa Nabi SAWA bersabda:”Kami para Nabi tidak meninggalkan apa-apa warisan. Maka apa yang kalian minta ini? Dan jika memang Nabi meninggalkan warisan pusaka, kenapa kalian larang haknya Fatimah? Lalu Aisyah keluar dari rumah Uthman sambil marah-marah dan berkata: Bunuhlah si Na’thal ini, dia telah kufur” [71].

3. Ali Lebih Utama Untuk Diikuti

Di antara sebab yang mendorongku untuk mengikut madzhab Syiah ini dan meninggalkan tradisi para leluhur adalah pertimbangan akal dan naql (aqliyah dan naqliyah) antara Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar.

Seperti yang aku sebutkan pada halaman-halaman yang lalu bahawa aku sesungguhnya sepenuhnya berpegang kepada ijmak yang sepakati oleh Ahlul Sunnah dan Syiah. Dan ku telah mengkaji di berbagai kitab dua madzhab ini, dan tidak aku temui ijmak atau persepakatan pendapat melainkan berkenaan Ali bin Abi Talib. Sunnah dan Syiah telah bersepakati tentang keimamahannya Ali sebagaimana yang dicatatkan di dalam nas-nas berbagai kitab rujukan dua madzhab itu.Sementara tentang keimamahan Abu Bakar hanya dikatakan oleh sekelompok tertentu kaum Muslimin sahaja. Di atas telah kami sebutkan ucapan Umar tentang pembai’ahan terhadap Abu Bakar.

Demikian juga tentang keutamaan dan keistimewaan Abi bin Abi Talib yang diriwayatkan oleh Syiah di dalam kitab-kitab mereka mempunyai sanad dan kesahihannya yang tidak dapat digugat seperti di dalam kitab-kitab Sunnah juga. Bahkan ianya diriwayatkan melalui berbagai jalur yang tidak dapat diragukan lagi. Banyak sahabat telah meriwayatkan hadith berkenaan keutamaan Ali ini, sehingga Ahmad bin Hanbal mengatakan:”Tidak satu pun sahabat Nabi yang memiliki keutamaan sebagaimana Ali bin Abi Talib”[72].

Al-Qadhi Ismail dan an-Nasai serta Abu Ali an-Naisaburi berkata:”Tidak satupun hadith-hadith keutamaan  sahabat yang diriwayatkan dengan isnad-isnad yang hasan sebagaimana hadith tentang keutamaan Ali” [73].

Melihat kaum Bani Umaiyyah telah memaksa setiap orang yang berada di Barat dan di Timur untuk mencaci dan melaknatnya serta tidak menyebutkan tentang keutamaan Ali, bahkan melarang sesiapa pun daripada menggunakan namanya, bagaimanapun keutamaan-keutamaannya tetap memancar dan menyerlah keluar. Imam Syafie berkata berkenaan dengan ini:”Aku sungguh hairan akan seseorang yang kerana dengki musuh-musuhnya telah menyembunyikan keutamaannya dan kerana takut pencinta-pencintanya tidak menyebutkannya namun tetap sahaja ianya tersebar dan memenuhi buku-buku”.

Berkenaan dengan Abu Bakar juga telah aku kaji dengan teliti di dalam berbagai kitab dua madzhab itu. Tetapi kitab-kitab Sunnah yang menyebutkan tentang keutamaan-keutamaannya juga tidak dapat menyamai atas menyaingi keutamaan-keutamaan Imam Ali bin Abi Talib.Itupun diriwayatkan sama ada oleh puterinya Aisyah yang kita kenal sikapnya terhadap Imam Ali, dimana beliau berusaha sekuat tenaga untuk menonjolkan ayahnya walau dengan menciptakan hadith-hadith yang palsu; atau diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar dimana beliau juga diantara orang-orang yang menjauhkan diri daripada Imam Ali. Abdullah bin Umar ini pernah menolak membai’ah Imam Ali setelah semua kaum Muslimin sepakat untuk mengangkatnya sebagai Imam, dan pernah berkata bahawa orang yang paling utama setelah Nabi adalah Abu Bakar kemudian Umar dan kemudian Uthman, lalu tiada seorang pun yang lebih utama daripada yang lainnya, semua adalah sama [74]. Yakni, Abdullah bin Umar ingin menyatakan bahawa Imam Ali adalah manusia awam biasa yang tidak mempunyai apa-apa keutamaan. Lalu bagaimana Abdullah bin Umar dapat menyembunyikan dirinya dari hakikat-hakikat yang telah dinyatakan oleh pemuka-pemuka ummah bahawa tiada suatu hadith pun berkenaan dengan sahabat yang diriwayatkan secara isnad yang hasan (baik) sebagaimana hadith tentang keutamaan Ali bin Abi Talib? Apakah Abdullah bin Umar tidak pernah mendengar satu keutamaan pun tentang Ali bin Abi Talib? Demi Allah beliau pernah mendengarnya. Tetapi politik, ya politik, yang pernah memutar belit segala kebenaran dan menciptakan berbagai keanehan

Orang-orang yang meriwayatkan tentang keutamaan Abu Bakar antara lain Amr bin As, Abu Hurairah. Urwah bin Zubair dan Ikramah. Sejarah  menyingkapkan bahawa mereka adalah lawan-lawan Ali dan memeranginya. Sam ada dengan sejata atau menciptakan berbagai keutamaan untuk musuh-musuh dan lawan-lawannya. Imam Ahmad bin Hanbal berkata:”Ali banyak mempunyai musuh. Musuh-musuh itu cuba untuk mencari sesuatu yang mungkin  boleh mencelanya, namun tidak mereka menjumpai. Kemudian mereka mencari seorang yang pernah memeranginya lalu diciptakanya keutamaan-keutamaan itu sebagai sikap tipu-daya mereka terhadap Ali”[75]. Tetapi Allah berfirman:”Sebenarnya mereka merancangkan tipu-daya yang jahat dengan sebenar-benarnya. Kerana itu beri tangguhlah orang-orang kafir itu barang sebentar (S:86: 15-17).

Sungguh merupakan mukjizat Allah keutamaan-keutamaan Ali dapat terserlah atau mencelah setelah enam abad pemerintahan-pemerintahan yang zalim menzalimi dirinya dan kaum kerabatnya. Dinasti Bani Abbas tidak kurang dari Bani Umaiyyah di dalam membenci, dengki dan menipu-helah kaum kerabat Nabi SAWA sehingga Abu Faras Hamdani berkata:

Apa yang dilakukan oleh putera-putera Banu Harb terhadap mereka
Walau sungguh dahsyat
Tetapi tidaklah sedahsyat kezaliman kalian lakukan
Berapa banyak pelanggaran terhadap agama yang kalian lakukan
Berapa banyak darah keluarga Rasulullah yang kalian tumpahkan
Kalian mengaku sebagai pengikut
Sementara tangan kalian penuh berlumuran darah anak-anaknya yang suci“.

Setelah ucapan-ucapan itu semua dan setelah segala kekaburan menjadi terang maka biarlah Allah menjadi Hujjah Yang Unggul, dan manusia tidak lagi mempunyai alasan di hadapanNya.

Walaupun Abu Bakar adalah khalifah pertama dan mempunyai kekuasaan seperti yang kita ketahui, walaupun pemerintahan Umaiyyah menyogokkan segala bonus dan upah kepada setiap orang yang meriwayatkan tentang keutamaan Abu Bakar, Umar, dan Uthman, walaupun riwayat-riwayat keutamaan Abu Bakar diciptakan begitu banyak dan memenuhi lembaran-lembaran buku, walau itu semua namun ianya tidak dapat menyamai hatta sepersepuluh dari keutamaan Ali.

Bahkan jika anda kaji hadith-hadith yang diriwayatkan  tentang keutamaan Abu Bakar maka anda akan dapati bahawa ianya tidak sejalan dengan apa yang dicatatkan oleh sejarah tentang berbagai tindakannya yang bercanggah dengan apa yang diperkatakan tentang keutamaan itu; bahkan bercanggah dengan akal dan syarak. Dan ini telah kami jelaskan ketika membicarakan hadith yang bermaksud:”Seandainya iman Abu Bakar ditimbang dengan imannya ummatku maka iman Abu Bakar akan lebih berat”. Seandainya Rasulullah SAWA tahu bahawa iman Abu Bakar sedemikian hebatnya maka baginda tidak akan meletakkannya di bawah pimpinan komandan tentera Usamah bin Zaid, dan baginda tidak akan enggan untuk memberikan kesaksian kepadanya sebagaimana yang baginda pernah berkata kepadanya: sungguh aku tidak tahu apa yang akan kau lakukan sepeninggalanku kelak, sehingga Abu Bakar menangis” [76]. Baginda juga tidak akan mengutus Ali bin Abi Talib untuk mengambil Surah Bara’ah yang telah diberikannya kepada Abu Bakar dan melarangnya membacakannya [77]. Baginda juga tidak akan berkata pada hari pemberian panji untuk peperangan Khaibar:”Akan aku berikan panji ini esok kepada seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai oleh Allah dan RasulNya. Dia terus akan maju dan tidak pernah akan berundur. Allah telah menguji hatinya dengan keimanan”. Lalu baginda telah memberikannya kepada Ali dan memberikannya kepada Abu Bakar” [78].

Seandainya Allah Tahu bahawa imannya Abu Bakar sedemikian tinggi dan imannya itu melebihi iman semua ummat Muhammad SAWA maka Allah tidak akan pernah mengecamnya untuk menggugurkan amal-amalnya ketika beliau mengangkat suara lebih dari suara Nabi SAWA [79]. Seandainya Ali dan sahabat-sahabatnya tahu bahawa Abu Bakar memiliki keimanan yang sedemikian tinggi maka mereka tiada alasan untuk menolak bai’ah kepadanya. Seandainya Fatimah Zahra’, Penghulu Semua Wanita, mengetahui ketinggian darjat imanya Abu Bakar maka dia tidak akan pernah marah kepadanya dan tidak akan enggan berbicara dengannya, menjawab salamnya dan mendoakan kecelakaannya  pada akhir setiap solatnya [80]. Lalu beliau tidak mengizinka Abu Bakar (seperti yang diwasiatkannya) untuk menghadiri pemakaman jenazahnya. Seandainya Abu Bakar sendiri tahu tentang ketinggian imannya maka beliau tidak akan memecah (pintu)  rumah Fatimah Zahra’ walau mereka telah menutup pintunya sebagai protes. Abu Bakar juga tidak akan membakar al-Fuja’ah al-Salami, dan tidak akan menyerahkan kepada Umar atau Abu Ubaidah perkara khalifah pada hari Saqifah itu [81].

Orang yang mempunyai darjat iman demikian tinggi dan lebih berat dari iman semua ummat yang ada tentu tidak akan pernah menyesal di akhir-akhir hayatnya atas perbuatannya terhadap Fatimah dan tindakannya yang membakar al-Fuja’ah asl-Salami serta kekhalifahan yang dipegangnya. Sebagaimana dia juga tidak akan pernah berangan-angan untuk tidak menjadi manusia, dan sekadar menjadi sehelai rambut atau kotoran haiwan. Apakah iman orang seperti ini setaraf dengan iman umat Islam bahkan lebih berat lagi?

Jika kita kaji hadith yang bermaksud:”Seandainya aku harus mengambil seorang sahabat (kholil) maka aku akan ambil Abu Bakar sebagai “kholilku” maka ianya serupa dengan hadith sebelum ini. Mana Abu Bakar pada hari penyaudaraan-kecil (Muakhoh-sughro) di Mekah sebelum Hijrah, dan pada hari peryaudaraan-besar (Muakho-kubro) di Madinah setelah Hijrah. Di dalam dua peristiwa ini, Rasulullah hanya menjadikan Ali sebagai saudaranya, sehinggalah baginda bersabda:”Engkua adalah saudaraku di dunia dan di akhirat [82]. Baginda tidak menoleh kepada Abu Bakar dan enggan mengikat tali persaudaraan-akhirat dengannya sebagaimana baginda enggan mengikat tali persaudaraan dengannya di dunia.

Saya tidak berhasrat untuk menjelaskan permasalahan ini dengan lebih panjang lagi, dan saya cukupkan sekadar membawa dua contoh di atas yang saya kutip dari buku-buku Ahlul Sunnah sendiri. Adapun Madzhab Syiah memang menolak kesahihan hadith ini, dan mengatakan dengan hujah-hujah yang sangat kuat bahwa ianya diciptakan tidak lama setelah kematian Abu Bakar.

Jika kita tinggalkan sifat-sifat yang utama dan mengkaji tentang dosa-dosa yang pernah dilakukan, maka kita tidak akan menemukan satu dosa pun yang dilakukan oleh Ali bin Abi Talib yang tercatat di dalam buku dua madzhab ini. Sementara kita menemukan orang-orang selainnya melakukan dosa-dosa tersebut, sebagaimana yang tercatat di dalam berbagai buku-buku Ahlul Sunnah seperti Kutub Sihah dan berbagai kitab sejarah.

Itu bererti bahawa ijmak dua madzhab hanya mengkhususkan Ali sendiri yang tidak melakukan apa-apa dosa sebagaimana sejarah menegaskan bahawa bai’ah yang benar hanya bai’ah yang diberikan  kepada Ali semata-mata. Beliau enggan menerima jawatan khalifah, namun dipaksa oleh Muhajirin dan Ansar. Beliau juga tidak memaksa orang yang enggan  memberikan bai’ah kepadanya. Sementara bai’ah Abu Bakar dilakukan sangat tergesa-gesa yang Allah telah pelihara kaum Muslimin dari keburukannya sebagaimana yang diistilahkan oleh Umar. Dan khalifah Umar dilakukan berdasarkan penobatan yang diberikan oleh Abu Bakar kepadanya, sementara pengangkatan Uthman sebagai khalifah semacam suatu sejarah komedi. Lihatlah, Umar menamakan enam orang sebagai calon khalifah dan mewajibkan mereka memilih satu di antara mereka. Beliau berkata: jika empat bersepakat dan dua menentang maka bunuhlah yang dua; dan jika enam orang ini berpecah tiga – tiga dan membentuk dua kelompok; maka pilihlahpendapat kelompok yang di dalamnya ada Abdul Rahman bin Auf. Dan jika masa telah berlalu sementara mereka belum bersepakat juga maka bunuhlah mereka semua. Ceritanya panjang dan aneh sekali.

Al-hasil, Abdul Rahman bin Auf memilih Ali dengan syarat memerintah berdasarkan panduan Kitab Allah, Sunnah Nabi, dan Sunnah Syaikhain, yakni Abu Bakar dan Umar. Ali menolak syarat ini dan Uthman menerimanya. Maka jadilah Uthman sebagai khalifah. Ali keluar dari majlis itu, dan beliau telah tahu natijah yang akan terjadi. Hal ini diucapkannya di dalam khutbahnya yang terkenal dengan nama as-Syiqsyiqiyah.

Setelah Ali maka Muawiyah yang “memegang” jabatan khalifah. Di tangannya khalifah telah digantikan dengan dinasti kekaisaran (raja-raja) yang berpindah-tangan dari generasi ke generasi Bani Umaiyyah. Kemudian berpindah pula ke tangan Bani Abbas.

Khalifah berikutnya hanya dipilih dengan ketentuan sang khalifah atau dengan kekuatan pedang atau penggulingan. Sistem bai’ah yang benar di dalam sejarah Islam tidak pernah wujud, bermula dari zaman para khalifah sehingga ke zaman Kamal Atarturk, melainkan bai’ah yang pernah diberikan kepada Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib.

Hadith-hadith Berkenaan Dengan Ali Menyirat Erti Wajib Ikut

Di antara hadith-hadith yang mengikatku dan mendorongku untuk mengikut Imam Ali adalah hadith yang diriwayatkan oleh berbagai Kitab Sihah Ahlul Sunnah yang telah dijelaskan kesahihannya; sementara hadith-hadith di dalam Madzhab Syiah sendiri mereka memiliki hadith-hadith serupa itu berlipat ganda jumlahnya. Namun aku – seperti biasa – tidak akan berhujah dan berpegang kecuali kepada hadith-hadith yang telah disepakati oleh kedua madzhab. Di antara hadith-hadith tersebut adalah:

1. Hadith:”Aku kota ilmu dan Ali pintunya” (Ana Madinatul ilm wa Aliyyun babuha) [83].

Hadith ini sahaja sudah cukup untuk menentukan teladan yang mesti dikuti selepas Nabi SAWA. Mengingatkan bahawa orang yang berilmu adalah lebih utama untuk diikuti jika dibandingka dengan orang yang jahil. Allah berfirman:”Katakanlah apakah sama antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. Dan firmanNya:”Apakah seseorang yang menunjukkanmu kepada kebenaran lebih utama untuk diikuti ataukah orang yang tidak membimbingmu kecuali ia perlu dibimbing. Maka bagaimana kalian membuat keputusan?” Jelas bahawa orang alimlah yang tahu membimbing sementara orang jahil perlu mendapatkan bimbingan, bahkan ia perlu bimbingan lebih dari orang lain.

Dalam hal ini sejarah telah mencatatkan kepada kita bahawa Imam Ali adalah sahabat yang paling alim tanpa sedikitpun bantahan. Dahulunya mereka merujuk kepada Ali di dalam perkara-perkara yang pokok. Dan kita tidak pernah tahu yang Ali pernah merujuk kepada mereka walau satu kali sekalipun. Dengarlah apa yang dikatakan oleh Abu Bakar:”Semoga Allah tidak menetapkanku di suatu tempat yang ada masalah kalau Abul Hasan (Ali) tidak hadir di sana”. Umar berkata:”Kalaulah Ali tiada maka celakalah Umar” [84]. Ibnu Abbas berkata:”Apalah ilmuku dan ilmu sahabat-sahabat Muhammad dibandingkan dengan ilmu Ali. Perbandingannya bagaikan setitis air dengan tujuh samudera”.

Imam Ali sendiri berkata:”Tanyalah aku sebelum kalian kehilanganku. Demi Allah, tiada soalan yang kalian hadapkan padaku sehingga hari kiamat kecuali aku beritahu kalian apa jawapannya. Tanyalah kepadaku tentang Kitab Allah. Demi Allah, tiada suatu ayatpun kecuali aku tahu apakah ianya diturunkan di waktu malam atau siang, di tempat yang datar atau di pergunungan”[85].

Sedangkan Abu Bakar ketika ditanya, makna Abban dari firman Allah, beliau berkata:”Langit mana yang dapat melindungiku, bumi mana yang dapat aku jadikan tempat berpijak daripada berkata sesuatu di dalam Kitab Allah apa yang tidak aku ketahui.

Umar bin Khatab berkata:”Semua orang lebih faqih daripada Umar, hatta perempuan-perempuan”. Ketika beliau ditanya tentang suatu ayat di dalam Kitab Allah, beliau sangat marah sekali kepada orang yang bertanya itu, lalu memukulnya dengan cambuk sehingga melukainya. Katanya:”Jangan kalian tanya tentang sesuatu yang jika nampak kepada kalian, maka kalian akan terasa tidak enak [86]. Sebenarnya beliau ditanya tentang makna Kalalah tetapi tidak tahu menjawabnya.

Di dalam tafsirnya, Tabari meriwayatkan dari Umar yang berkata:”Seandainya aku tahu apa makna kalalah maka itu lebih aku sukai daripada memiliki seperti istana-istana di Syam”.

Ibnu Majah di dalam Sunannya meriwayatkan dari Umar bin Khatab yang berkata:”Tiga hal yang jika Rasulullah SAWA telah menjelaskannya maka itu lebih aku sukai daripada dunia dan  seisinya: al-kalalah, ar-riba, dan al-khilafah.

Subhanallah! Mustahil Rasulullah diam di dalam perkar-perkara itu dan tidak menjelaskan maksudnya.

2. Hadith: “Hai Ali, kedudukanmu di sisiku bagaikan kedudukan Harun di sisi Musa, hanya saja tiada Nabi selepasku”.

Hadith ini seperti difahami oleh orang-orang yang berakal menyirat makna keutamaan dan kekhususan Amir al-Mukminin Ali di dalam menyandang kedudukan wazir, wasi dan khalifahnya Musa ketika beliau berangkat menemui Tuhannya. Ia juga menyirat erti bahawa kedudukan Imam Ali adalah umpama kedudukan Harun AS. Kedua-duanya sangat mirip sekali melainkan kenabian saja seperti yang dikecualikan oleh hadith itu sendiri. Ia juga bermakna bahawa Imam Ali adalah sahabat yang paling utama dan paling mulia selepas Nabi SAWA itu sendiri.

3. Hadith: “Siapa yang menjadikan aku maulanya maka Alilah maulanya (pemimpin). Ya Allah, bantulah mereka yang mewila’nya, dan musuhilah mereka yang memusuhinya. Jayakanlah mereka yang menjayakannya, dan hinakanlah mereka yang menghinanya, dan liputilah haq bersamanya dimana jua dia berada”.

Hadith ini sahaja sudah cukup untuk menolak dugaan orang yang mengutamakan Abu Bakar, Umar dan Uthman di atas seseorang yang telah dilantik oleh Rasulullah SAWA sebagai pemimpin kaum Mukminin selepasnya. Tidak ada makna mereka yang mentakwilkan maksud hadith ini sebagai pencinta dan pembantu agar memalingkannya dari maknanya yang asal seperti yang dimaksudkan oleh Nabi SAWA dengan alasan untuk menjaga kemuliaan martabat sahabat. Ini kerana Nabi SAWA ketika berdiri berkhutbah dalam keadaan panas terik itu berkata:”Bukankah kalian menyaksikan bahawa aku adalah lebih utama dari orang-orang Mukminin terhadap diri mereka sendiri? (Alasta aula-bikum min-anfusakum) Mereka menjawab:”Ya, Rasulullah. Kemudian beliau SAWA bersabda lagi:”Siapa yang menjadikan aku sebagai maulanya maka inilah Ali maulanya….”(man kuntu maulahu fa-haza Aliyyin maulahu).

Nas ini sangat jelas di dalam melantik Ali sebagai khalifah untuk umatnya. Orang yang berakal, adil dan insaf tidak dapat menolak maksud hadith ini lalu menerima takwilan yang direka-reka oleh sebahagian orang demi menjaga kemuliaan sahabat dengan mengorbankan kemuliaan Rasul SAWA. Mengingatkan bahawaa penakwilan seumpama ini bermakna meremehkan dan mencela kebijaksanaan Rasul yang telah menghimpun ribuan manusia di dalam keadaan cuaca yang sangat terik dan panas itu hanya sekadar ingin mengatakan bahawa Ali adalah pencinta kaum Mukminin dan pembela mereka. Bagaimana mereka akan menafsirkan ucapan tahniah yang diberikan oleh deretan orang-orang Mukminin kepada Ali selepas perlantikan itu, yang sengaja diciptakan oleh Nabi SAWA? Mula dari isteri-isteri Nabi lalu kemudian Abu Bakar, dan Umar yang berkata:”Tahniah, tahniah untukmu wahai putra Abu Talib. Kau kini telah menjadi pemimpin orang-orang Mukminin, lelaki atau perempuan”.

Fakta dan sejarah telah menyaksikan bahawa orang-orang yang mentakwil adalah orang-orang yang berdusta.Celakalah apa yang mereka tulis denga tangan mereka. Firman Allah:”Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran padahal mereka mengetahui” (Al-Baqarah: 146).

4. Hadith: “Ali dariku dan aku dari Ali. Tiada siapa pun yang mewakili tugasku kecuali aku sendiri atau Ali”[87].

Hadith ini juga dengan jelas menyatakan bahawa Imam Ali adalah satu-satunya orang yang diberikan kepercayaan oleh Nabi untuk mewakili tugasnya. Baginda menyatakan ini ketika mengutusnya untuk membacakan Surah Bara’ah yang mula-mula Nabi serahkan kepada Abu Bakar. Abu Bakar kembali dan menangis. Katanya: Ya Rasulullah, apakah ada ayat turun berkenaan dengannya? Rasulullah menjawab:”Sesungguhnya Allah menyuruhku atau Ali saja yang melaksanakan tugas ini”.

Hadith ini juga mendukung sabda Nabi yang lain kepada Ali:”Engkau hai Ali menjelaskan kepada umatku apa yang mereka perselisihkan setelah ketiadaanku” [88].

Jika tiada orang yang diberikan kepercayaan oleh Rasulullah kecuali Ali, dan beliaulah yang sepatutnya menjelaskan kepada umat ini segala perselisihan mereka, maka bagaimana orang yang tidak mengetahui makna kalimat abba dan kalimat kalalah boleh menyingkirkannya? Sungguh ini merupakan musibah besar yang menimpa ke atas umat ini,dan yang menghalangnya dari menjalankan tugas penting yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Tetapi cukup hujjah Allah, hujjah RasulNya dan hujjah Amirul Mukminin. Mereka yang engkar dan tidak patuh ini mesti mengajukan hujjah kelak di hadapan Alla SWT. Allah berfirman:”Apabila dikatakan kepada mereka marilah mengikuti apa yang diturunkan oleh Allah dan mengikuti Rasul. Mereka menjawab: cukup untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya.Dan apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walau pun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat petunjuk” (Al-Maidah: 104).

5. Hadith al-Dar Yaum al-Indzar

Bersabda Nabi SAWA sambil menunjuk kepada Ali:”Sesungguhnya ini adalah saudaraku, wasiku, dan khalifahku selepasku. Maka dengarlah dan taatlah kepadanya” [89].

Hadith ini juga terbilang di antara hadith-hadith sohih yang dinukil oleh ahli-ahli sejarah ketika menceritakan peristiwa-peristiwa pertama yang berlaku di masa awal kebangkitan Nabi SAWA. Mereka menganggapnya sebagai bahagian dari mukjizat Nabi SAWA. Tetapi politik telah merubah dan memalsukan kebenaran-kebenaran dan fakta-fakta.Tidak, memang aneh. Kerana apa yang pernah berlaku di zaman kegelapan tersebut kini berulang lagi di zaman sekarang. Lihatlah Muhammad Husain Haikal. Beliau telah menuliskan hadith ini secara sempurna di dalam bukunya “Kehidupan Muhammad” pada halaman 104, cetakan pertama tahun 1334H tetapi di dalam cetakan kedua dan seterusnya sebahagian dari isi hadith Nabawi ini, yakni kalimat “wasiku dan khalifahku” dihapuskan dan dipadam. Mereka juga telah menghapuskan dari kitab TafsirTabari Jilid 19, halaman 121 bahagian dari sabda Nabi berikut “Wasiku dan khalifahku” dan menggantikan dengan kalimat “Inilah saudaraku dan begini dan begitu….!” Mereka lalai bahawa Tabari telah menyebutkan hadith itu secara sempurna di dalam kitab sejarahnya Jilid ke-2, pada halaman 319. Lihatlah betapa mereka telah merubah-rubah kalimat dari tempatnya yang asal dan memutar-balik fakta-fakta. Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, dan Allah tetap akan menyalakan cahayaNya….

Ketika aku masih mengkaji aku ingin menyaksikan dengan mataku sendiri apa-apa yang telah terjadi. Aku cari buku Kehidupan Muhammad cetakan pertamanya. Akhirnya aku temui juga setelah mengharungi berbagai lilu-liku yang sulit dan melelahkan. Alhamdulillah, atas semua ini. Yang penting aku telah saksiakan sendiri perubahan itu. Aku bertambah yakin bahwa tangan-tangan jahat cuba dengan segala usaha untuk menghapuskan kebenaran-kebenaran yang memang telah terbukti wujud. Kerana mereka menganggap bahawa ini adalah hujjah kuat yang akan digunakan oleh “musuhnya!”

Tetapi bagi seseorang pengkaji yang adil ketika menyaksikan perubahan seumpama ini dia akan berasa bertambah yakin. Tanpa ragu-ragu lagi dia akan berkata bahawa sebenarnya di pihak lain tidak mempunyai hujah yang kuat melainkan berusaha juga untuk menggunakan tipu helaj dan memutarbelitkan fakta-fakta yang ada dengan cara dan bagaimana mahal sekalipun.Mereka telah mengupah penulis-penulis tertentu dan menghulurkan kepada mereka berbagai kekayaan, gelaran, ijazah-ijazah perguruan tinggi yang palsu, agar mereka dapat menuliskan segala sesuatu yang mereka inginkan sama ada buku atau makalah-makalah tertentu. Yang penting tulisan itu mencaci Syiah dan mengkafirkan mereka, serta membela dengan sedaya upaya (walau itu batil) “kemuliaan” sebahagian sahabat yang telah menyeleweng dari kebenaran dan  yang telah  merubah yang hak menjadi batil selepas ketiadaan Rasulullah SAWA. Firman Allah SWT:”Demikian pula orang-orang yang sebelum mereka telah mengatakan seperti ucapan mereka itu; hati mereka serupa. Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kekuasaan Kami kepada kaum yang yakin” (Al-Baqarah: 118) Maha Benar Allah Yang Maha Agung.

3 responses to “Sebab-sebab Aku Mengikut Madzhab Ahlul Bayt AS [21]

  1. maap boz…ada baiknya kita mengikuti ahlul bait sejati…
    kenapa Al Hasan menyerahkan khalifah kepada Muawiyah ra…

    ada dua kesimpulan pasti dari aqidah ahlul bait yang sebenarnya :
    1. persoalan khalifah dan imamah tidak mutlak berada di tangan ahlulbait, buktinya jelas dari fakta sejarah tsb…Imam hasan saja menyerahkan khalifah keapda muawiyah waktu peristiwa Tahun Jamaah..
    2. ternyata Al hasan lebih memilih berdamai dengan Muawiyah ra, dan ternyata mereka pun menjalin hubungan baik, ketika al Hasan mengalami kekurangan materi, Muawiyah menyantuni beliau dengan shadaqah,,,
    padahal menurut aqidah syiah anda, al hasan adalah ahlul bait yang bebas dosa,,,,
    jadi?
    sebaiknya mengikuti ahlulbait yang sejati…

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s