Permulaan Perubahan [19]

 Oleh: Tijani

Aku tinggal selama tiga bulan didalam kebingungan yang tidak selesai, walaupun didalam tidurku sekalipun. Fikiranku berkecamuk dengan berbagai bayangan. Aku rasakan jiwaku luluh melihat sikap  para sahabat yang kehidupan mereka terungkap dalam sejarah yang sedang aku selidiki. Aku berdiri dalam suatu dilemma (pertentangan) yang tidak mudah, kerana sepanjang hidupku, aku dididik untuk memberi penghormatan dan  menyucikan  wali Allah dan orang-orang soleh dan jika ada sesiapa juga yang mengkritik maka akan dirasakan suatu keresahan yang agak luar biasa.

Aku pernah membaca suatu ketika didalam “Hayat al-Haywan al-Kubra” oleh al-Dimiri [56]: Terdapat seorang lelaki yang menunggang bersama rakan nya didalam satu kafilah, dan semasa didalam perjalanan dia terus mencaci Umar, dan rakannya cuba menghalang dia dari melakukan itu. Apabila dia didalam tandas, saekor ular hitam memagutnya, dan dia mati serta-merta. Apabila mereka menggali kubur untuknya, mereka dapati ular hitam didalamnya; mereka menggali yang lain dan perkara yang sama berlaku. Setiap kali mereka menggali lubang yang baru, mereka dapati ular didalamnya. Lalu seorang ulama’ memberitahu mereka, “Tanamkan dia dimana sahaja yang kamu suka, walaupun kamu menggali seluruh muka bumi kamu akan dapati ular hitam didalamnya. Ini adalah kerana Allah hendak menghukumnya didunia ini sebelum menghukumnya diakhirat, kerana cacian yang dilakukannya terhadap Sayydina Umar”.

Itulah sebabnya kenapa semasa saya memaksa diri saya menjalani penyelidikan yang sukar ini, saya merasa takut dan keliru, terutama, sebagaimana yang telah saya pelajari di Kolej al-Zaytuni bahawa khalifah yang paling utama secara sah adalah Abu Bakr al-Siddiq kemudian Umar ibn al-Khattab al-Farooq, pemisah antara yang haq dan yang batil. Selepas itu Uthman ibn Affan Dhul-Noorayn, yang mana malaikat Rahman pun merasa malu kepadanya, dan sesudah dia, Ali ibn Abi Talib, pintu kepada kota ilmu. Sesudah yang empat ini, tinggal yang enam dari yang sepuluh, yang telah dijanjikan syurga, dan mereka itu adalah Talhah, al-Zubayr, Sa’ad, Sa’eed, Abdul Rahman, dan Abu Ubaydah. Sesudah mereka, para-para sahabat yang lainnya, dan setelah kita dinasihatkan oleh ayat al-Quran “Kita tidak membeza-bezakan diantara mereka pensuruh-pensuruh Allah (saw)” sebagai suatu kedudukan dimana kita mesti mengambilnya sebagai asas bahawa kita tidak harus membeza-bezakan penghormatan kita kepada semua para sahabat.

Kerana itulah aku berasa takut terhadap diriku sendiri, dan meminta ampun kepada Allah didalam banyak keadaan dan situasi, dan sememangnya saya mahu meninggalkan isu-isu yang membuat saya ragu terhadap para sahabat Rasul Allah (saw), dan ianya kemudian akan membuat saya ragu terhadap agama saya.

Namun begitu, di sepanjang setiap diskusiku dengan beberapa orang ulama’, aku dapati jawapan-jawapan mereka sentiasa menemui banyak pencanggahan dan tidak rasional. Mereka mula mengingatkanku bahawa jika aku teruskan dengan penyelidikkanku mengenai para sahabat, Allah akan mencabut nikmatNya dariku dan mungkin juga aku akan mengalami kecelakaan. Dan kerana kuatnya bantahan dan penolakan  mereka terhadap apa sahaja pendapatku, maka aku terdorong lagi untuk meneruskan kajian dan penelitianku agar dapat sampai kepada suatu kebenaran yang dicita-citakan.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s