Pandangan Sahabat Antara Satu Sama Lain [18]

Oleh: Tijani

1. Kesaksian Mereka Atas Perubahan Sunnah Nabi

Abu Sai’id al-Khudri berkata,”Pada Hari Raya Eidul Fitri dan Eidul Adha, Rasulullah SAWA keluar untuk solat. Setelah itu beliau berdiri menghadap para hadirin yang masih duduk di saf lalu berkhutbah menasihati mereka dan mengeluarkan perintahnya”. Abu Sa’id melanjutkan,”Cara seperti ini terus dilanjutkan oleh para sahabat Nabi sehinggalah suatu hari aku keluar bersama Marwan yang pada waktu itu merupakan Gabenor Kota Madinah untuk pergi solat Hari Raya Eidul Fitri atau Eidul Adha. Ketika kami tiba di tempat solat, Marwan terus naik ke atas mimbar yang dibuat oleh Kathir bin Shalt. Aku tarik bajunya tetapi ditolaknya aku. Kemudian beliau berkhutbah sebelum memulakan solat. Aku katakan kepadanya:”Demi Allah, kalian telah mengubah.”Hai Aba Sai’d! Telah sirna apa yang engkau ketahui”, jawabnya. Aku katakan kepadanya:”Demi Allah, apa yang aku tahu adalah lebih baik dari apa yang tidak aku aku ketahui”. Kemudian Marwan berkata lagi:”Orang-orang ini tidak akan duduk mendengar khutbah kami setelah solat kerana itu aku lakukan khutbah sebelumnya” [16].

Aku cuba meneliti gerangan apakah yang menyebabkan sahabat seperti ini mengubah sunnah Nabi. Akhirnya aku temukan bahawa Bani Umaiyyah – yang majoritinya sebagai sahabat Nabi – terutama sekali Muawiyah bin Abu Sufian yang kononnya sebagai Penulis Wahyu, sentiasa memaksa orang untuk mencaci dan melaknat Ali bin Abi Talib dari atas mimbar-mimbar masjid. Muawiyah menyuruh para pekerjanya di setiap negeri untuk menjadikannya sebagai suatu “sunnah” (tradisi) yang mesti diikuti oleh para khatib. Ketika sebahagian sahabat memprotes ketetapan ini, Muawiyah tidak segan-silu menyuruh mereka dibunuh atau dibakar. Muawiyah telah membunuh sebahagian sahabat yang sangat terkenal seperti Hujr bin U’dai berserta para pengikutnya, dan sebahagian lain dikuburkan hidup-hidup.”Kesalahan” mereka adalah kerana mereka enggan mengutuk Ali dan memprotes Muawiyah.

Abu A’la al-Maududi di dalam kitabnya al-Khalifah Wal Muluk (Khalifah dan Kerajaan) menukilkan dari Hasan al-Basri yang berkata,”Ada empat perkara dalam diri Muawiyah, yang seandainya ada satu sahaja, sudah cukup untuk mencelakakannya:
1. Dia berkuasa tanpa melakukan sebarang musyawarah sementara sahabat-sahabat lain yang merupakan cahaya kemuliaan masih hidup.
2. Dia melantik puteranya sebagai pemimpin setelahnya, padahal puteranya itu seorang yang pemabuk dan pencandu minuman keras serta bemain muzik.
3. Dia menganggap Ziyad (Ziyad bin Abihi atau bapanya – seorang anak zina), padaha Rasulullah SAWA bersabda:”Anak adalah milik bapanya dan bagi yang melacur dikenakan hukum rejam dengan batu”.
4. Dia membunuh Hujr dan para pengikutnya. Maka celakalah dia kerana Hujr; maka celakalah dia kerana Hujr dan para pengikut Hujr” [17].

Sebahagian sahabat-sahabat yang Mukmin lari dari masjid setelah selesai solat kerana tidak mahu mendengar khutbah yang diakhiri dengan kutukan kepada ali dan keluarganya. Itulah kenapa Bani Umaiyyah mengubah Sunnah Nabi dengan mendahulukan khutbah sebelum solat agar yang hadir terpaksa mendengarnya. Nah, sahabat jenis apa ini yang tidak takut merubah Sunnah Nabinya, bahkan hukum-hukum Allah agar dapat meraih cita-citanya yang rendah dan mengungkapkan rasa dengkinya yang sudah terukir. Bagaimana mereka boleh melaknat seorang yang telah Allah bersihkan dia dari segala dosa dan nista dan diwajibkan oleh Allah untuk bersalawat kepadanya sebagaimana kepada RasulNya, dan Allah wajibkan kepada semua manusia untuk mencintainya sehingga Nabi bersabda:”Mencintai Ali adalah iman dan membencinya adalah nifak” [18].

Namun sahabat-sahabat ini telah merubahnya dan berkata: kami telah dengar tetapi kami tidak mematuhinya; yang sepatutnya mereka bersalawat kepadanya, mencintainya dan taat patuh kepadanya, tetapi mereka caci dan melaknatnya sepanjang enam puluh tahun seperti yang dicatat oleh sejarah. Jika sahabat-sahabat Musa telah berpakat terhadap Harun dan hampir-hampir membunuhnya “Harunnya”(Alli) dan mengejar-ngejar anak keturunannya serta para Syiahnya di setiap tempat dan ruang. Mereka telah hapuskan nama-nama dan bahkan melarang orang menggunakan nama mereka. Tidak sekadar itu, mereka juga melaknat dan memaksa para sahabat yang agung untuk melaknat.

Demi Allah, aku berdiri hairan dan terpaku ketika aku baca buku-buku sahih kita dan apa yang dimuatkannya tentang berbaga hadith yang menceritakan betapa kecintaan Rasul kepada saudaranya dan anak pamannya iaitu Ali bin Ali Talib serta pengutamaannya dari sahabat-sahabat yang lain. Sehingga baginda bersabda,”Engkau (wahai Ali) di sisiku bagaikan kedudukan Harun di sisi Musa, hanya sahaja tiada Nabi selepasku”[19]. Atau sabdanya,”Engkau daripadaku dan aku daripadamu”[20]. Dan sabdanya lagi,”Mencintai Ali adalah iman dan membencinya adalah nifak”[21]. Sabdanya,”Aku adalah kota ilmu dan Ali pintunya”[22]. Dan sabdanya,”Ali adalah wali (pemimpin) selepasku”[23]. Dan sabdanya,”Siapa yang menganggap aku sebaga maulanya (pemimpinnya), maka Ali adalah maulanya juga. Ya Allah sokonglah mereka yang mewilanya dan musuhilah mereka yang memusuhinya”[24].

Jika kita ingin menuliskan semua keutamaan Ali yang disabdakan oleh Nabi SAWA dan diriwayatkan oleh ulama-ulama kita dengan sanadnya yang sahih, maka ia pasti memerlukan suatu buku tersendiri. Bagaimana sahabat-sahabat seperti itu pura-pura tidak tahu akan hadith ini, lalu mencacinya, memusuhinya, melaknatinya dari atas mimbar dan membunuh atau memerangi mereka?

Aku tidak menemukan sebarang alasan atas tindakan mereka ini melainkan kerana cinta kepada dunia dan berlumba-lumba kerananya atau kerana sifat nifak ata berbalik ke belakang dan berpaling dari kebenaran. Aku juga cuba melemparkan tanggungjawab ini kepada sebahagian sahabat yang terkenal jahat atau sebahagian orang-orang munafik. Namun sayang sekali, yang aku temukan adalah para sahabat agung dan yang terkenal. Orang yang pertama mengancam akan membakar rumahnya berserta para penghuninya adalah Umar bin Khatab, orang pertama yang memeranginya adalah Talhah, Zubair, Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar, Muawiyah bin Abu Sufian, dan Amru bin As serta lain-lain lagi.

Saya amat terkejut, dan rasa terkejut saya tidak akan ada kesudahannya, dan mereka yang berfikiran rasional dan bertanggong jawab akan bersetuju dengan saya, bagaimanakah agaknya ulama’ Sunni boleh bersetuju pada kebenaran para sahabat semuanya dan bermohon kesejahteraan kepada Allah untuk mereka dan berdoa’ untuk mereka semua tanpa pengecualian, walaupun sebahagian mereka berkata, “Laknatlah kepada Yazid tetapi jangan berlebihan”.. Tetapi dimana-kah Yazid diantara segala trajedi ini yang mana tiada agama atau logik boleh terima? Saya merayu kepada manusia Sunni, jika mereka benar-benar mengikuti hadith Rasul (saw), agar meninjau hukum Al-Qur’an dan Sunnah Nabi secara cermat dan seadil-adilnya tentang kefasikan Yazid dan kekufurannya. Rasulullah (saw) bersabda:” Sesiapa
yang mencaci Ali, maka dia telah mencaciku, dan sesiapa yang mencaciku, maka dia mencaci Allah. Dan sesiapa yang mencaci Allah, Allah akan mencampaknya kedalam neraka” [25].

Demikianlah orang yang orang yang mencaci Ali. Maka,  jadi apakah jenis hukuman bagi mereka yang melaknat dan memeranginya.. Apakah pendapat ulama’ kita terhadap kesemua kenyataan (fakta) ini, Ataukah hati mereka telah terkunci rapat?! Katakanlah, ya Allah, lindungilah kami dari bisikan syaitan dan dari kehadirannya.

 1.Para Sahabat Membuat Perubahan juga di Dalam Solat

 Anas ibn Malik berkata: Saya tidak mengetahui apa-apa semasa hayat baginda rasul (saw) lebih baik dari solat. Dia berkata: Tidakkah kamu kehilangan sesuatu dalam solat?”Al-Zuhri berkata: Saya pergi bertemu Anas ibn Malik di Damasyik, dan mendapati dia menangis, saya bertanya kepada dia, “Apa yang membuat kamu menangis?” Dia menjawab, “Aku telah lupa segala yang aku ketahui melainkan solat ini. Itupun aku telah sia-siakannya” [26] .

Saya suka untuk menyatakan bahawa bukan para Tabi’in yang merubah segala sesuatu setelah berlakunya fitnah dan peperangan ini. Di sini ingin aku nyatakan bahawa orang yang pertama sekali membuat perubahan didalam Sunnah Rasul Allah (saw) mengenai solat adalah khalifah Muslimin yang ketika, Uthman bin Affan. Begitu juga Umm al-Mukminin Aisyah yang terlibat didalam perubahan ini. Al Bukhari dan Muslim, kedua-duanya menyatakan didalam buku mereka bahawa Rasul Allah (saw) mengerjakan dua rakaat di Mina, dan Abu Bakar dan Umar serta di masa awal zaman kekhalifah Uthman. Setelah itu Uthman, yang kemudiannya mengerjakan solat empat rakaat” [27].

Muslim juga meriwayatkan didalam kitab sahihnya bahawa al-Zuhri bertanya Urwah, “Mengapa Aisha solat empat rakaat semasa musafir? Dia menjawab, “Aisyah melakukan takwil sebagaimana yang dilakukan oleh Uthman” [28]

Umar bin Khatab juga berijtihad dan bertakwil di hadapan nas-nas yang nyata dari Nabi(saw), dan juga di hadapan nas-nas al-Quran. Sebagaimana dia pernah mengatakan: Ada dua muta’ah yang  diperbolehkan pada zaman Nabi, , tetapi sekarang saya menegahnya dan menghukum sesiapa yang melakukannya (dua muta’ah – muta’ah haji dan muta’ah nikah). Beliau juga berkata kepada orang yang berjunub tetapi tidak menjumpai air untuk mandi,”janganlah bersolat”. Walaupun terdapat firman Allah (awj) didalam surah al-Maidah: 6:…”.Lalu jika kamu tidak menjumpai air, maka bertayammumlah dengan menggunakan tanah yang bersih”.

Al Bukhari menyatakan didalam kitabnya, didalam bab Idza Khofa al-Junub A’la Nafsihi (Jika Orang Yang Berjunub Takut Akan Dirinya):” Saya mendengar Shaqiq ibn Salmah berkata: Saya bersama dengan Abdullah dan Abu Musa, dan Abu Musa bertanya, “Apa yang kamu kata kepada seorang yang berjunub tetapi tidak menjumpai air?” Abdullah menjawab, “Dia tidak boleh bersolat sehingga dia menjumpai air” Abu Musa kemudian bertanya, “Apa pada fikiran kamu tentang apa yang dikatakan Rasul Allah (saw) kepada Ammar mengenai masalah yang sama ini?” Abdullah berkata, ” Untuk sebab itu Umar tidak begitu yakin hati [dengannya]” Abu Musa berkata, “Lupakan mengenai peristiwa Ammar ini, tetapi apa yang kamu katakan mengenai dengan ayat Quran?” Abdullah diam dan tidak menjawab. Kemudian dia menerangkan pendiriannya dengan berkata, “Jika kita izinkan mereka (melakukan tayammum) ini, maka setiap kali jika dirasakan sejuk, mereka akan bertayammum sahaja”. Saya berkata kepada Shaqiq, “Pastinya Abdullah membenci untuk itu” Dia berkata, “Ya”[29].

 
III  Para Sahabat Membuat Pengakuan Terhadap Diri Mereka Sendiri

Anas ibn Malik berkata bahawa suatu hari Rasul Allah (saw) berkata kepada kaum Ansar: Kamu akan lihat selepas saya kebahilan yang amat sangat, tetapi bersabarlah sahingga kamu bertemu Allah danRasulNya di Telaga Haudh. Anas berkata: Kami tidak sabar [30].

Al-Ala ibn al-Musayyab mendengar ayahnya berkata: Saya bertemu al-Bara ibn Azib (ra), dan berkata kepadanya, “Berbahagialah bagi kamu, kerana kamu dapat bersahabat dengan Nabi(saw), dan kamu membaiahnya di bawah pohon(Bai’ah Takhta Syajarah – Bai’ah Ridhwan)”. Barra berkata, “Wahai putera saudaraku, kamu tidak mengetahui apa yang telah kami lakukan selepas ketiadaannya” [31].

 
Jika sahabat yang utama, yang terjumlah salah saorang dari As-Sabiqun al-Awwalin ini, yang pernah yang membai’ah Rasul Allah {saw] dibawah pohon, dan Allah rela kepada mereka kerana Allah mengetahui apa yang didalam hati mereka sehingga diberikan ganjaran yang besar, lalu dia mengaku terhadap dirinya dan sahabat-sahabat lain bahawa mereka telah melakukan “sesuatu” selepas Nabi, maka bukankah pengakuan ini adalah satu bukti pengesahan kepada apa yang dikatakan oleh rasul Allah (saw) terhadap para sahabat yang berpatah kebelakang dan berpaling darinya selepas wafatnya.

Bagaimana seorang yang berakal, selepas segala pembuktian ini, percaya kepada keadilan bagi semua para sahabat, sebagaimana yang dilakukan oleh Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Mereka yang mengatakan demikian jelas telah menyalahi nas dan akal. Ini bererti hilanglah segala ciri-ciri intelektual yang sepatutnya dijadikan pegangan di dalam sebuah kajian.

IV Pengakuan Dua Shaykh (Syaikhain) dan Terhadap Diri Mereka Sendiri

Didalam bab bertajuk ,”Manaqib Umar ibn Al-Khattab”, al-Bukhari menulis didalam bukunya, Apabila Umar ditikam, dia merasa amat sakit dan Ibn Abbas mahu mententeramkannya, maka dia berkata kepadanya, “Wahai Amirul Mukminin, jika memang sudah sampai waktunya, bukankah kamu adalah sahabat Rasulullah  yang baik, dan apabila baginda meninggalkan kamu, dia merasa redha dengan kamu. Kemudian kamu bersama Abu Bakr, dan kamu adalah sahabat yang baik baginya, dan apabila dia meninggalkan kamu dia merasa redha dengan kamu. Kemudian kamu bersama para-para sahabat mereka, dan kamu adalah sahabat yang baik kepada mereka, dan jika kamu meninggalkan mereka, mereka akan terus rela kepada kamu.” Kemudian Umar menjawab,” “Adapun tentang persahabatan dan kerelaan Rasulullah yang engkau sentuh tadi, maka itu adalah anugerah yang Allah telah berikan kepadaku. Adapun persahabatan dan kerelaan Abu Bakr dan, itu adalah anugerah dari Allah (awj) telah dikurniakan kepada saya. Tetapi sebabnya kamu melihat dari rasa takutku adalah kerana kamu dan para sahabat kamu. Demi Allah, jika saya mempunyai segunung emas didunia ini, maka aku akan korbankan untuk menebus diriku dari azab Allah (awj) sebelum aku bertemuNya” [32].

 
Sejarah juga mencatatkan beliau pernah di katakan sebagai telah berkata seperti berikutnya:, “Oh alangkah baiknya jika aku hanyalah seekor kambing keluargaku. Mereka tentu akan mengemukkan aku kepada tahap yang mereka suka. Mereka hiriskan sebahagian dariku dan dipanggangnya sebahagian yang lain. Kemudian mereka tentu akan memakanku, dan akhirnya dikeluarkan pula  sebagai najis. Oh kalaulah aku menjadi seperti itu dan tidak menjadi  manusia” [33]

 
Nampaknya Abu Bakr juga menyatakan perkara yang sama seperti yang diatas. Ketika dia melihat seekor burung yang hinggap diatas pokok, kemudian berkata, “Berbahagialah kamu burung….kamu memakan buah-buahan, dan kamu hinggap di atas pokok tanpa ada hisab dan balasan. Aku lebih sukan kalau aku ini adalah sebatang pohon yang tumbuh di tepi jalan. Lalu seekor unta berjalan di sana, dan  memakanku, kemudian aku dikeluarkannya pula dan tidak menjadi seorang manusia” [34]. Dia juga berkata, “Oh kalaulah ibuku tidak melahirkanku…Oh kalaulah aku adalah hanya sebiji pasir dari satu batu-bata” [35].

Dan ini adalah firman Allah yang memberi khabar gembira kepada hamba-hambaNya yang Mukmin: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah, tiada ketakutan terhadap mereka, dan tiada pula mereka berdukacita. Mereka yang beriman dan bertakwa. Untuk mereka khabar gembira waktu hidup di dunia dan di akhirat, tiada bertukar-tukar kalimah (jani-janji) Allah, demikian itu adalah kemenangan yang besar” [10:62 – 64]

Allah juga berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami adalah Allah, kemudian mereka dijalan yang lurus, para malaikat turun kepada mereka berkata: Janganlah takut dan berdukacita, dan terimalah khabar gembira dengan taman [syurga] yang telah dijanjikan. Kami adalah wali-wali kamu didunia ini dan diakhirat, dan untukmu di sana apa-apa yang dihajati oleh jiwamu dan apa-apa yang kamu minta. Sebagai pemberian dari Tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. [41:30 – 32]

Mana boleh dengan dua shaykh ini, Abu Bakr dan Umar, berangan-angan untuk tidak menjadi manusia, yang mana Allah telah muliakan dan meletaknya diatas segala makhluk-makhluk yang lain? Walaupun berimannya seorang Mukmin awam, yang beristiqamah dijalan yang lurus semasa hayatnya, menerima kedatangan malaikat untuk memberitahu dia khabar gembira mengenai tempatnya di syurga, dan bahawa dia tidak perlu takut akan siksaan Allah, atau berdukacita mengenai peninggalannya didalam hidup, dan bahawa dia mendapat khabar gembira sedang dia didalam hidup ini sebelum sampai kepada hidupan akhirat. Jadi bagaimana boleh terjadi pada sahabat yang agung, kejadian yang terbaik selepas rasul Allah (saw) [sebagaimana kita telah diajari], berangan-angan ingin menjadi najis, ataupun sehelai rambut atau sebiji pasir?, Seandainya apabila malaikat telah memberi mereka khabar gembira yang mereka akan memasuki syurga maka mereka tentu tidak mengharap untuk memiliki segala emas didunia untuk menebus diri dari siksaan Allah sebelum menemuiNya.

Allah (awj) berfirman: “Kalau tiap-tiap jiwa yang telah melakukan ketidakadilan [kezaliman] mempunyai segala-gala yang dibumi ini, dan memberikannya sebagai tebusan, dan mereka akan meyatakan kekesalan apabila mereka menyasikan siksaan, dan perkara itu akan ditentukan diantara mereka dengan keadilan dan mereka tidak akan dianiaya. [10:54]

Allah juga berfirman, “Dan telah dipunyai oleh mereka yang zalim segalanya yang didunia ini, serta ditambah lagi yang sebanyaknya, mereka tentunya menawarkan sebagai tebusan {supaya terselamat] dari kekejaman siksaan pada hari kebangkitan: dan apa yang tiada mereka fikirkan akan menjadi nyata kepada mereka dari Allah. Dan segala kejahatan yang telah mereka lakukan akan menjadi nyata kepada mereka, dan perkara-perkara yang mereka olok-olokkan akan mengelilingi mereka.” [39:47 – 48]

Aku berharap dengan ikhlas bahawa ayat-ayat Quran ini tidak melibatkan sahabat besar seperti Abu Bakr al-Saddiq dan Umar al-Faruq…Tetapi aku kadang-kadang terjebak dengan adanya nas-nas seperti ini. Itulah kenapa aku dapat melihat beberapa aspek yang menarik tentang pertalian mereka dengan Rasul Allah (saw). Namun di situ jug aku dihadapkan dengan sikap mereka yang enggan melaksanakan perintah-perintah baginda, khususnya disaat-saat akhir hayat usia baginda yang barakah itu, telah membuat baginda amat marah sahingga baginda mengusir mereka semua keluar dari kamarnya. Aku juga teringat rantaian peristiwa yang berlaku selepas pemergian baginda serta sikap mereka yang menganggu puteri baginda Fatimah al-Zahra. Sedangkan Nabi (saw) berkata: “Fatimah adalah sebahagian dari aku, sesiapa yang membuat dia marah, bermakna dia telah menyebabkan aku marah” [36].

Fatimah pernah berkata kepada Abu Bakr dan Umar: Aku minta persaksian dari Allah (awj) kepada kamu berdua, tidakkah kamu mendengar rasul Allah (saw) berkata: Keredhaan Fatimah adalah keredhaanku, dan kemarahan Fatimah adalah kemarahanku, dan siapa yang mencintai anakku Fatimah mencintaiku, dan siapa yang mencintai Fatimah, maka dia telah mencintaiku, siapa yang membuat Fatimah rela maka dia telah membuatkanku rela, dan siapa yang membuat Fatimah marah, maka dia telah membuatku marah”. Mereka berkata, “Ya, kami mendengarnya dari rasul Allah (saw)” Kemudian Fatimah berkata, “Sungguh, aku minta persaksian Allah dan malaikat-malaikatNya, bahawa kamu telah membuatkan  aku marah, dan tidak rela, dan jika aku bertemu rasul Allah (saw) aku akan mengadu kepada baginda mengenai kamu” [37].

Biar kita tinggalkan cerita yang trajik ini sementara waktu, tetapi Ibn Qutaybah, yang dianggap sebagai ulama’ sunni yang agung, dan yang terkemuka dalam berbagai ilmu pengetahuan, dan menulis banyak buku sama ada tafsir al-Quran, hadith, bahasa, nahu, dan sejarah. Mungkin belia juga telah bertukar menjadi Shiah, sebagaimana sesaorang yang aku kenali pernah berkata apabila aku menunjukkan kepada dia buku Ibn Qutaybah, “Tarikh al-Khulafa”.

Inilah hanyalah sekadar alasan yang dicari-cari oleh ulama’ kita apabila mereka harus mengakui fakta-fakta tersebut.Begitu juga al-Tabari adalah Shiah, dan al-Nasa’i, yang menulis buku mengenai berbagai aspek Imam Ali adalah Shiah dan Taha Husayn saorang ulama’ yang menulis “Al-Fitnah al-Kubra” dan menyebut di sana hadith-hadith al-Ghadir serta mengakui kebenaran-kebenaran yang lain juga dikatakan telah mengikut Shiah.

Yang sebenarnya adalah, mereka semuanya ini bukanlah Shiah, dan apabila mereka mengatakan mengenai Shiah, mereka akan mengatakan segala perkara yang buruk mengenainya, dan mereka membela keadilan para sahabat dengan segala yang terdaya. Tetapi yang sebenarnya bahawa apabila sesaorang menyebut kemuliaan Ali ibn Abi Talib, dan mengaku kesalahan yang dilakukan oleh sahabat yang agung, tiba-tiba kita tuduh mereka telah bertukar menjadi Shiah. Cukuplah apabila kamu berkata di hadapan mereka salawat Nabi yang diiringi dengan Wa Alaihi atau menyebutkan asaihissalam kepada Imam Ali, maka kamu akan dicop sebagai Shiah. Dengan kedudukan yang begitu, suatu hari, semasa perbahasan, aku bertanya kepada saorang ulama’ kita, “Apa pendapat kamu terhadap al-Bukhari?” Dia berkata, “Dia adalah seorang yang terkemuka didalam hadith dan kami terima bukunya sebagai paling sahih [betul] selepas kitab Allah, sebagaimana yang dipersetujui oleh semua ulama’” Aku berkata kepadanya, “Dia adalah Shiah” Dia tertawa dan berkata, “Jauh sekali Imam Bukhari akan jadi Shiah”. Aku berkata, “Tidakkah anda yang berkata bahawa sesiapa yang berkata Ali, alaihissalam diatasnya, adalah seorang Shiah?” Dia berkata, “Ya” Lalu aku tunjukkan kepadanya dan orang-orang yang bersamanya buku al-Bukhari, dan dibanyak tempat, apabila nama Ali dan Husayn bin Ali muncul, dia menulis “Alaihissalam” begitu juga dengan nama Fatimah puteri Nabi dia menyebutkan Alaihassalam [38]. Dia sangat terkejut dan  tidak tahu apa yang hendak dikatakan.

Mari kita kembali kepada insiden yang dinyatakan oleh Ibn Qutaybah dalam mana Fatimah dikatakan telah marah pada Abu Bakar dan Umar. Jika akumeragui kesahihan cerita ini, maka aku tidak boleh meragui kesahihan buku al-Bukhari, yang kita terima sebagai buku yang benar selepas kitab Allah. Setelah kita sanggup menerima bahawa ianya adalah betul, maka Shia mempunyai hak untuk menggunakannya didalam protes mereka terhadap kita dan memaksa kita kepada apa yang kita janjikan, ini adalah adil bagi mereka yang rasioanal untuk menerimanya.

Didalam bukunya al-Bukhari menulis didalam bab bertajuk “Keistimewaan Kerabat Nabi” sebagai berikut: Rasul Allah (saw) bersabda:”Fatimah adalah sebahagian dari aku, dan sesiapa membuatnya marah,maka dia telah membuatku marah.” Begitu juga dibab mengenai “Ghazwah Khaybar” dia menulis: Mengikut pada Aishah, Fatimah (as), puteri Nabi(saw), menghantar seorang utusan kepada Abu Bakar meminta hak pusakanya dari pewarisan Nabi(saw). Abu Bakar enggan untuk memberi Fatimah (as) walau sedikit sekalipun. Fatimah menjadi amat marah kepada Abu Bakar dan meninggalkan dia dan tidak pernah bercakap kepadanya sahinggalah beliau meninggal dunia [39].

 
Rumusannya,  natijahnya adalah satu, al-Bukhari menyatakannya secara ringkas dan Ibn Qutaybah berkata mengenainya secara khusus, dan inilah dia: Rasul Allah (saw) marah apabila Fatimah menjadi marah, dan baginda rela, apabila Fatimah rela, dan bahawa beliau meninggal dunia sedangkan beliau masih marah dengan Abu Bakr dan Umar.

Jika al-Bukhari berkata: Fatimah meninggal sedangkan beliau masih dalam keadaan marah kepada Abu Bakar, dan sehingga ajalnya beliau tidak bercakap dengan Abu Bakar, maka kalimah riwayat Bukhari ini sama maknanya dengan riwayat Ibnu Qutaibah di atas. Dan jika Fatimah adalah, “Penghulu Wanita Alam Semesta (Saidati-Nisa Fil-‘Alamin)” sebagaimana dikatakan oleh al-Bukhari didalam bahagian al-Isti’dzan, dan jika Fatimah adalah wanita yang seorang dari ummat ini yang dibersihkan dari segala dosa dan disucikankan sebersih-bersihnya, maka itu bermakna bahawa sikap kemarahan beliau tentunya adalah kebenaran semata-mata.  Itulah kenapa Allah dan pesuruhNya menjadi marah oleh kemarahan beliau. Oleh kerana itu Abu Bakr berkata, “Aku berlindung kepada Allah dari kemurkaanNya dan kemurkaanmu wahai Fatimah”. Kemudian Abu Bakr menangis tersedu-sedu sehingga dadanya sesak. Fatimah juga  berkata: “Demi Allah, aku akan memohon keburukanmu di dalam setiap doa yang aku panjatkam setelah solat”. Kemudian Abu Bakr keluar sambil menangis dan berkata: “Saya tidak perlu dengar bai’ah kalian dan lepaskanlah aku dari bai’ah kalian” [40].

Kebanyakkan ahli sejarah dan ulama’ kita mengakui bahawa Fatimah (as) telah mendakwa Abu Bakr di dalam banyak kes, seperti kes harta pusaka, bahagian hak kerabat Nabi, tetapi tuntutan beliau ditolak, dan beliau meninggal dengan perasaan marah kepadanya. Bagaimana pun, ulama kita kelihatan melepaskan insiden-insiden ini tanpa mempunyai keinginan untuk memperkatakannya dengan lebih khusus lagi, alasannya seperti biasa supaya mereka dapat menjaga kemuliaan Abu Bakar.

Satu perkara yang pelik yang telah aku baca mengenai cerita ini, adalah apa yang seorang pengarang katakan setelah dia menceritakan secara agak khusus [mendalam] insiden ini: Jauh sekali, bahawa Fatimah membuat tuntutan kepada sesuatu yang bukan haknya, dan jauh sekali Abu Bakr akan melarang Fatimah dari haknya”. Penulis itu beranggapan bahawa melalui kenyataan-kenyataan yang lemah itu, dia dapat menyelesaikan masaalah ini dan meyakinkan para penyelidik. Dia kelihatan seperti berkata sesuatu yang serupa dengan yang berikut: Jauh sekali Al-Qur’an akan berkata sesuatu yang bukan hak atau jauh sekali Bani Israel akan menyembah anak lembu.

Kita telah dihantui oleh ulama’ yang mengatakan sesuatu yang mereka sendiri tidak fahami atau  mempercayai sesuatu yang kontradiktif (bertentangan). Dalam kes ini Fatimah menuntut dan Abu Bakr menolak tuntutan beliau, jadi sama ada beliau adalah seorang yang penipu – ampunan Allah – atau Abu Bakr berlaku zalim terhadapnya. Tidak ada penyelesaian yang ketiga untuk kes ini, sebagaimana sebahagian dari ulama’ kita mahukan. Jika kemungkinan Fatimah Berbohong adalah tertolak, kerana oleh pengesahan dari ayahnya didalam kata-kata baginda: “Fatimah adalah sebahagian dariku, dan sesiapa saja yang mengganggunya, bermakna menggangguku”. Dari itu, sesiapa yang berbohong tidak berhak menerima sabda Nabi seperti ini; dan  hadith ini sendiri adalah bukti kemaksumannya dari bercakap dusta dan dari segala perbuatan yang munkar sebagaimana ayat Tathir yang diturunkan untuknya, suaminya, dan dua orang puteranya dengan persaksian dari Aisyah [41] juga sebagai bukti akan kemaksumannya. Jika ini tertolak maka tiada lagi jawapan lagi bagi orang yang berfikiran rasional kecuali harus menerima kenyataan bahawa beliau telah dizalimi, dan sikap menolak dakwaannya ini adalah perkara yang  mudah bagi mereka yang berani hatta membakar rumahnya, jika orang-orang yang enggan memberikan bai’ah tidak keluar dari rumahnya [42]. Itulah kenapa Fatimah AS tidak memberikan izin kepada Abu Bakar dan Umar masuk ke rumahnya. dan ketika Ali membawa mereka masuk, Fatimah juga memalingkan wajahnya dan tidak mahu melihat mereka berdua [43].

Fatimah telah meninggal dunia, dan berdasarkan wasiatnya,  beliau dikuburkan secara rahsia, dan pada malam hari, supaya tiada seorang pun dari mereka dapat hadir diperkebumian beliau [44] dan sehingga kehari ini, pusara anak perempuan Rasul Allah (saw) tidak diketahui.

Aku sangat suka untuk bertanya mengapa ulama’ kita diam membisu terhadap fakta ini, dan keberatan untuk melihat kedalamnya, atau pun untuk menyebutnya. Mereka memberi kita gambaran bahawa para sahabat adalah seperti malaikat suci dan tidak mempunyai dosa, dan apabila kamu bertanya mereka mengapa khalifah Uthman boleh terbunuh? Maka, mereka akan menjawab: bahawa penduduk Mesirlah – orang-orang kafir – yang membunuhnya, maka tamatlah perkara itu dengan dua kalimah itu sahaja.

Apabila saya mendapat peluang untuk membuat penyelidikan di dalam sejarah, saya dapati bahawa tokoh-tokoh utama disebalik pembunuhan Uthman adalah para sahabat itu sendiri, dan bahawa Aisyah yang menyeru pembunuhanya di khalayak ramai.Aisyah berkata: “Bunuh Na’thal [orang tua yang keras kepala] itu. Ia telah kafir” [45]. Di sana kita mengetahui bahawa Talhah, al-Zubayr, Muhammad ibn Abi Bakr dan para sahabat yang terkenal lainnya mengepong dia didalam rumah dan menghalang dia dari mengambil air minuman, supaya mereka dapat memaksanya untuk meletak jawatan. Lebih lagi, para sejarah menyatakan bahawa mereka tidak membenarkan mayatnya ditanam di perkuburan kaum Muslimin, dan akhirnya dia ditanam di “Hashsh Kawkab” tanpa dimandikan atau dikafankan. Subhanallah. Bagaimana mereka boleh mengatakan kepada kita bahawa dia dibunuh secara zalim, dan bahawa mereka yang membunuhnya bukan Muslim.

Ini satu lagi kes yang sama dengan permasalahan Fatimah dan Abu Bakr: Sama ada Uthman dilayan secara zalim, maka kita boleh menjatuhkan hukuman kepada para sahabat yang membunuh dia atau mereka yang mengambil bahagian di dalam pembunuhan itu bahawa mereka adalah penjenayah yang jahat kerana mereka membunuh khalifah kaum Muslimin dengan penuh kezaliman dan permusuhan, bahkan membaling batu keatas jenazahnya, sehingga Uthman dizalimi ketika hidupnya dan setelah matinya. Atau pun para sahabat telah menghalalkan darahnya kerana dia telah melakukan berbagai tindakan yang bercanggah dengan Islam, sebagaimana punca sejarah mengatakan kepada kita. Tidak terdapat kemungkinan ketiga, melainkan kita menolak fakta sejarah dan menerima gambaran yang salah bahawa orang-orang “kafir” Mesir yang  membunuh Uthman. Didalam kedua-dua kes ini terdapat penolakkan yang total pada kepercayaan umum bahawa para sahabat adalah adil dan benar, tanpa pengecualian, kerana sama ada Uthman yang bersalah atau pembunuhnya yang bersalah, tetapi kesemuanya adalah para sahabat, maka andaian kita ditolak [salah]. Jadi kita hanya tinggal dengan andaian dari pengikut Ahl al-Bayt, dan bahawa sebahagian para sahabat adalah adil, dan bukan kesemuanya.

Kita boleh bertanya beberapa soalan mengenai peperangan al-Jamal, yang telah dimulakan oleh Umm al-Mukminin Aishah, yang memainkan peranan utama didalamnya. Bagaimana boleh Umm al-Mumineen Aishah meninggalkan rumahnya yang mana Allah (awj) telah mengarahkannya untuk tinggal didalamnya. Firman Allah:” Tetaplah kamu didalam rumah dan janganlah kamu berhias seperti perempuan jahiliyah” [33:33]

Kita juga boleh bertanya, atas hak apa  Aishah membolehkan dirinya mengistiharkan perang dengan khalifah Muslim, Ali ibn Abi Talib? Bukankah beliau Wali (pemimpin) bagi orang-orang Mukmin dan Mukminah? Seperti biasa, ulama’ kita, dengan mudah menjawab bahawa dia tidak suka kepada Imam Ali kerana dia menasihatkan rasul Allah (saw) untuk menceraikannya di dalam peristiwa al-Ifk. Kelihatan seperti mereka-mereka ini cuba untuk meyakinkan kita bahawa insiden itu adalah alasan yang mencukupi untuk dia melanggar perintah Tuhannya dan suaminya Rasul Allah (saw). Dia menunggang unta, bahawa rasul Allah (saw) telah melarangnya dari menunggang dan mengingatkannya mengenai salakkan anjing al-Haw’ab [46]. Aishah telah membuat perjalanan yang jauh, dari al-Medinah ke Mekah kemudian ke Basrah, hanya untuk memerangi Amirul Mukminin dan sahabat-sahabat lain yang membai’ahnya, dan menyebabkan kematian ribuan orang Islam, seperti yang dicatatkan dalam buku-buku sejarah [47]. Dia melakukan ini semua kerana dia tidak suka kepada Ali kerana menasihatkan rasul untuk menceraikannya. Bagaimana pun rasul tidak menceraikannya, jadi mengapa sampai begini sekali kebenciannya terhadap Imam Ali?

Sejarah telah merakamkan beberapa tindakkan agressifnya terhadap Ali yang tidak dapat diterangkan dan ini adalah sebahagian darinya. Apabila dia {Aisha] sedang dalam perjalanan pulang dari Mekah, Aishah telah diberitahu bahawa Uthman telah dibunuh, maka dia merasa gembira, tetapi apabila dia mengetahui bahawa mereka telah melantik Ali sebagai pengganti, dia menjadi amat marah dan berkata: “Bawa saya kembali” Makanya dia telah memulakan perang saudara terhadap Ali, yang mana nama beliau dia tidak suka untuk menyebutnya, sebagaimana dipersetujui oleh kebanyakkan ahli sejarah.

Tidak terdengar ke Aisha kata-kata rasul Allah (saw): Mencintai Ali adalah beriman, dan membencinya adalah (tanda) nifaq (munafik)? [48] Sehinggakan bahawa sebahagian para sahabat pernah berkata: “Kami mengenali mereka yang munafik dengan kebencian mereka terhadap Ali” Tidakkah Aisha pernah mendengar kata-kata rasul Allah (saw): Sesiapa yang menerima aku sebagai pemimpin (wali) mereka, maka Ali adalah pemimpin mereka? Sudah tentu dia mendengar itu semua, tetapi dia tidak menyukainya, dan dia tidak suka untuk menyebut namanya, dan apabila dia mengetahui kematian beliau [Ali] dia sujud dan bersyukur kepada Allah [49].

Biarlah kita tinggalkan semua ini, kerana aku tidak mahu membincang riwayat hidup Umm al-Mumineen Aishah, tetapi saya telah cuba untuk menunjukkan beberapa ramai para sahabat yang melanggar asas-asas Islam dan melangar perintah rasul Allah (saw) dan mencukupilah untuk menyatakan insiden yang berikutnya yang berlaku kepada Aishah semasa perang saudara, dan yang mana telah disahkan oleh semua ahli sejarah dan sebagai bukti kuat atas kesimpulanku.

Telah dikatakan bahawa apabila Aishah melalui pinggir air al-Hawab dan mendengar salakkan anjing, dia teringat akan peringatan dari suaminya,Rasul Allah (saw), dan bagaimana dia menghalangnya dari menjadi penyebab kepada peperangan “al-Jamal” Dia menangis, dan kemudian berkata, “Bawalah aku pulang, bawalah aku pulang!” Tetapi Talhah dan al-Zubayr membawa lima puluh orang dan meminta mereka bersumpah bahawa tempat air itu bukanlah al-Hawab. Kemudian dia menyambung perjalanan sehingga sampai ke Basrah. Kebanyakkan ahli sejarah mempercayai bahawa mereka yang lima puluh orang itu adalah yang pertama didalam sejarah Islam memberi kesaksian palsu [50].

 
Wahai orang-orang yang berfikiran cerdik, tunjukkan kepada kami bagaimana  caranya  menyelesaikan kemusykilan ini? Adakah ini benar-benar para sahabat yang agung, yang kita selalu menghukum mereka sebagai orang-orang yang adil bahkan mengatakannya bahawa mereka adalah manusia yang paling mulia selepas Rasul Allah (saw) namun mereka memberi kesaksian palsu, sedangkan Rasul Allah menganggapnya sebagai sebahagian dari dosa-dosa yang besar yang boleh membawa ke neraka.

Soalan yang sama timbul lagi. Siapa yang benar dan siapa yang salah? Sama ada Ali dan pengikut-pengikutnya yang salah, atau Aishah dan pengikutnya dan Talhah dan al-Zubayr dan pengikutnya yang salah. Tidak terdapat kemungkinan yang ketiga. Tetapi saya tidak mempunyai keraguan bahawa penyelidik yang adil akan memihak kepada Ali yang (disabdakan oleh Nabi) sentiasa bersama kebenaran, dan cuba mematikan fitnah yang dinyalakan oleh Umm Mukminin Aishah dan dan pengikutnya yang menyebabkan peperangan saudara yang telah menghancurkan ummah, dan meninggalkan kesan yang trajik hingga kehari ini.

Untuk keterangan yang lebih lanjut, dan untuk kepuasan diriku, aku sertakan riwayat-riwayat berikut: al-Bukhari telah meriwayatkan didalam kitabnya dalam Bab al-Fitnah, fasal al-Fitnah Allati Tamuju Kamauji al-Bahri (Fitnah Yang Mengamuk Seperti Gelombang Lautan), riwayat seperti berikut: Apabila Talhah, al-Zubayr dan Aishah pergi ke Basrah, Ali menghantar Ammar ibn Yasir dan al-Hasan ibn Ali ke Kufah. Setibanya mereka disana, mereka terus kemasjid dan berkata kepada para jamaah, dan kami mendengar Ammar berkata: Aishah telah pergi ke Basrah….dan demi Allah, dia adalah isteri rasul kamu didalam dunia ini dan juga diakhirat, tetapi Allah (awj) sedang menguji kamu agar Dia tahu kepada Alikah kalian akan taati, ataukah kepada Aisyah?[51]

Juga Bukhari meriwayatkan di dalam Bab as-Syurut fasal Ma Ja Fi Buyut Azwaj an-Nabi(Apa Yang Berlaku Di Rumah Isteri-isteri Nabi):” Suatu ketika Nabi (saw) sedang berucap, dan baginda menunjukkan kerumah dimana Aishah tinggal, dan baginda berkata: Di sinilah fitnah, di sinilah fitnah, di sinilah fitnah dari mana munculnya tanduk syaitan” [52].

Al-Bukhari banyak menulis perkara yang aneh mengenai Aisha dan tabiat buruknya terhadap rasul, sahinggakan bahawa ayahnya telah memukulnya sahingga berdarah. Dia juga menulis mengenai tuntutannya terhadap nabi sahingga Allah mengugutnya dengan penceraian dan digantikan dengan isteri yang lain yang lebih baik dan terdapat banyak lagi cerita-cerita lain yang akan memakan ruang yang panjang jika dijelaskan.

Selepas itu semua saya bertanya kenapa Aishah berhak mendapat segala penghormatan dari Sunni; adakah kerana dia isteri rasul? Tetapi baginda mempunyai isteri yang ramai, dan sebahagian mereka lebih utama dari Aishah, sebagaimana yang dikatakan oleh rasul sendiri [53] Atau mungkin kerana dia adalah anak perempuan Abu Bakar! Atau mungkin kerana dia memainkan peranan yang penting didalam penafian wasiat rasul untuk Ali, dan apabila dia diberitahu bahawa Nabi telah berwasiat kepada Ali, dia berkata, “Siapa yang berkata begitu? Aku yang bersama rasul (saw) memangku kepala baginda di dadaku. Kemudian baginda meminta talam, semasa aku tunduk baginda meninggal, tanpa aku rasakan apa-apa.Jadi aku tidak nampak bagaimana dikatakan bahawa Nabi telah berwasiat kepada Ali?[54]. Atau adakah kerana dia melancarkan peperangan yang habis-habisan terhadap Ali dan anak-anaknya sesudah beliau [Ali], dan sehingga menghalang perarakkan jenazah al-Hasan – penghulu pemuda disyurga – dan melarang persemadian beliau disebelah datuknya,Rasul Allah dan berkata: “Jangan izinkan sesiapa yang aku tidak suka untuk memasuki rumahku”.

Entahlah apakah Dia [Aisha] terlupa, atau mengabaikan kata-kata rasul Allah (saw) mengenai Hasan dan saudaranya: “Allah akan suka kepada orang yang menyukai keduanya, dan membenci orang  yang membenci keduanya” atau kata-kata baginda: “Aku berperang dengan mereka yang berperang dengan kamu, dan aku berdamai dengan mereka yang berdamai dengan kamu”. Dan terdapat banyak lagi sabda-sabdanya yang lain. Betapa tidak bukankah mereka berdua adalah bunga yang harumnya semerbak bagi umat ini?

Tidak menghairan sebelumnya dia [Aisha] mendengar banyak lagi kata-kata pada penghormatan Ali; walaupun terdapat peringatan dari rasul, dia telah bertekad untuk memerangi beliau dan memisahkan manusia darinya serta mengingkari segala keutamaan-keutamaannya. Kerana itulah, bani Umaiyyah mengasihi dia dan meletakkannya ditempat yang tinggi dan memuatkan buku-buku dengan kemuliannya dan menjadikannya marja’ (pakar rujuk) pada ummat Islam kerana dia memiliki setengah dari agama. Mungkin mereka memberi setengah lagi agama kepada Abu Hurayrah, yang memberitahu mereka apa yang mereka inginkan. Lantaran itu maka Abu Hurayrah mereka letakkan sebagai orang dekat, mereka memberikan kepadanya kekuasaan sebagai gabenor al-Madinah, mereka memberi dia istana al-Aqiq dan memberi dia gelaran “Rawiat al-Islam(Perawi Islam)”. Dengan demikian dia memudahkan BaniUmayyah untuk membentuk agama yang baru yang sempurna, yang tidak memiliki apa-apa dari Kitab Allah dan Sunnah Rasul melainkan yang sesuai dengan kehendak dan nafsu mereka dan yang dapat menguatkan kerajaan dan kekuasaan mereka sahaja.

Agama yang sedemikian sangat sesuai jika dikatakan sebagai bahan mainan dan olok-olok sahaja yang penuh dengan khurafat dan kontradiksi.Makanya kebanyakkan dari fakta kebenaran telah lenyap berkubur dan digantikan dengan kebatilan. Kemudian mereka memaksa mereka [manusia] atau menggelabui orang ramai dengan cara keagamaan mereka sehingga agama Allah yang sejati tiada nilai, tiada siapa yang takut kepada Allah sebagaimana mereka takut kepada Muawiyah.

Apabila kita bertanya kepada sebahagian ulama’ mengenai peperangan Muawiah menentang Ali, yang telah dipersetujui oleh al-Muhajireen dan al-Ansar, peperangan yang membawa perpecahan Islam kepada Sunni dan Shiah dan telah meninggalkan bekas sehingga kehari ini, dengan senang mereka menjawab dengan berkata: “Ali dan Muawiyah keduanya adalah para sahabat yang baik, dan keduanya berijtihad secara mereka sendiri. Bagaimana pun Ali adalah benar, makanya dia berhak dengan dua ganjaran, tetapi Muawiyah telah tersalah, makanya dia menerima satu ganjaran. Ianya tidaklah didalam kuasa kita untuk menghukum mereka atau menyebelahi mereka, Allah (awj) berfirman: Demikian itulah suatu ummat yang telah terdahulu. Untuknya apa-apa yang telah diushakan dan untuk mu apa-apa yang kamu usahakan, dan kamu tiada diperiksa tentang apa-apa yang mereka kerjakan. [2:134]

Sungguh mengecewakan, kita telah diberikan dengan jawapan yang sangat lemah yang tidak dapat diterima oleh akal yang waras atau pun agama, ataupun syarak. Ya Allah, aku bersihkan diri dari pendapat yang salah dan nafsu yang terjerat. Saya bermohon kepada Engkau untuk melindungi saya dari bisikan syaitan dan kehadirannya.

Bagaimana fikiran yang waras boleh menerima bahawa Muawiyah telah berkerja keras untuk berijtihad, dan tersalah memberinya satu pahala kerana tindakannya menentang Imam bagi sekelian kaum Muslimin, dan kerana pembunuhannya terhadap orang-orang Mukmin yang tidak bersalah, serta perlakuan jenayah yang lain yang tidak terhitung banyaknya yang telah dilakukannya? Dia telah dikenali oleh para sejarah dengan cara pembunuhannya terhadap lawannya dengan cara yang tersendiri yang sangat terkenal melalui memberi mereka makan madu yang mengandungi racun, dan dia pernah berkata, “Allah mempunyai bala tentera yang dari madu”.

Bagaimana mereka ini menghukumnya sebagai seorang yang berijtihad, dan tersalah, padahal dia adalah seorang ketua kelompok baghi (kelompok yang memerangi kaum Muslimin yang sah).Terdapat satu hadith rasul yang masyhur, dan kebanyakkan ulama’ bersetuju tentang kesahihannya, “Berbahagialah bagi Ammar…….dia akan dibunuh oleh kumpulan yang baghi”. Dan beliau dibunuh oleh Muawiyah dan pengikutnya.

Bagaimana mereka boleh menghukumkan Muawiyah berijtiihad, apabila dia membunuh Hijr Ibn Adi dan sahabat-sahabatnya dan menanam mereka di kawasan sampah di padang pasir Syam kerana mereka enggan mencerca Ali ibn Abi Talib? Bagaimana mereka boleh menghukumkan dia sebagai sahabat yang adil apabila dia membunuh al-Hasan, pemimpin pemuda disyurga, dengan meracuni beliau?

Bagaimana mereka menghukumkan dia sebagai bersih setelah dia memaksa ummat ini untuk membai’ahnya sebagai khalifah dan membai’ah anaknya yang rosak akhlak Yazid al-Fasik sebagai pengantinya, dan menukar sistem shura kepada sistem kerajaan bercorak dinasti keturunan [55].
Bagaimana mereka menghukumkan Muawiyah telah berijthiad dan memberinya satu pahala, setelah dia memaksa kepada manusia untuk mencerca Ali dan Ahl al-Bayt dari setiap mimbar.Dia telah membunuh para sahabat yang enggan melakukannya, dan menjadikan cercaan kepada Ali sebagai satu sunnah? Fala Huwl Quwwata Illa Billah al-A’li al-A’zim.

Persoalan ini timbul lagi dan akan timbul lagi seterusnya. Kumpulan mana yang benar dan kumpulan mana yang salah? Sama ada Ali dan syiahnya sebagai orang-orang yang zalim dan di pihak yang  salah atau Muawiyah dan pengikutnya yang salah, dan Rasul Allah (saw) telah menerangkan segala sesuatu di sana.Dalam kedua-dua kes ini, kenyataan tentang keadilan kepada semua para sahabat tanpa kecuali adalah perkara yang mustahil dan bertentangan dengan akal yang sihat.

Terdapat banyak contoh di dalam setiap pandangan di atas, dan jika aku mahu menuliskan secara terperinci, maka saya akan memerlukan berjilid-jilid buku banyaknya. Tetapi saya mahu ringkaskan didalam pengajian ini, maka saya nyatakan beberapa contoh saja, tetapi syukur kepada Allah, kerana ianya mencukupi untuk mematahkan kepercayaan-kepercayan orang-orang sekitarku yang telah membekukan fikiranku untuk sekian lama, dan menghalang aku dari memahami hadith dan peristiwa sejarah dengan kriteria akal dan syariah yang telah diajarkani oleh al-Quran dan Sunnah Nabi SAWA.

Aku akan tetap bertarung dengan jiwaku dan membersihkan diriku dari setiap debu-debu taksub yang telah menutupiku selama ini. Aku akan membebaskan diri aku dari rantai dan pengikat yang telah diikatkan selama lebih dari dua puluh tahun. Hatiku berkata kepada mereka: Wahai, alangkah indahnya seandainya kaumku mengetahui akan ampunan Tuhanku kepadaku dan dijadikanNya aku dari golongan orang-orang yang dimuliakan. Wahai, kalaulah kaumku menemukan dunia yang tidak mereka ketahui, dan memusuhinya tanpa mereka kenali ini.

One response to “Pandangan Sahabat Antara Satu Sama Lain [18]

  1. Asmkm. Laman web tu belum siap lagi. Persoalan2 yg saudara kemukakan sangat sukar untuk dijawab kecuali oleh orang yang pakar sejarah. Tabari bukan sahaja ahli sejarah, tafsir malah ahli hadits. Tetapi ahli hadits pula berbeza2 kemahiran dan kekuatan ilmu. Kita kan ada ilmu Musthalahul Hadits. Ilmu Jarh dan Ta’dil… ilmu yang digunakan utk menentukan keshahihan sesuatu hadits atau sesuatu berita dan ilmu itu pula terlalu luas dan jika saudara mempelajarinya , sukar nak dikata bila baru boleh jadi pakar. Tabari memanglah ulama yang pakar,sejarah atau hadits tapi bagaimana ingin tahu keshahihan ceritanya/sanad , tiada lain kecuali ilmu musthalahul hadits ini. Atau jika saudara fikir dengan logik, semua shahabat2 itu merekalah penolong Allah dan Rasulullah saw. Zuhud mereka sangat tinggi, tuan mungkin takkan jumpa lagi kekasih2 Allah seperti mereka pada zaman ini. tuan kena baca semua hadits! baca Al Quran, baca tafsir, hingga berapakali ayat Quran diturunkan Allah relatif kepada ucapan Umar. Tuan kena kenal Umar betul2, tentang betapa dalamnya agama Umar menurut Rasulullah saw dalam Hadits Shahih Bukhari. Dan tuan akan dapati semua hadits2 tersebut bertentangan dengan kisah sejarah yang tuan sebut. Allah telah memuji Abu Bakar dalam satu ayat al Quran. tapi tidak pasti samada Ali ada dipuji , bukan menyatakan tidak redha dgn Ali, tapi di situ jelas keutamaan Abu Bakar ra. Tuan kena faham kenapa dia diberi gelaran Assiddiq..? Kelebihan2 shahabat begitu banyak dalam hadits2 shahih. Kecuali jika saudara percaya dengan hadits syiah..maaf…kita ni terbahagi kepada 73 dan 1 sahaja selamat. tuan kena cari betul2 dan tidak mengambil dengan terus terima. Dalam ilmu hadits menyatakan sesorang lelaki mempunyai”kemampuan” menghasilkan 4000 buah hadits palsu. Jika tuan dapati ulama hadits tidak berselisih tentang keshahihan sesuatu hadits, tuan terpaksa tahu pula maksudnya…kerana tidak selalu bahawa maksudnya straight forward…kena tahu pula asbababul wurudnya..asal usul hadits.. .Ini zaman fitnah, kemungkinan perbezaan dan pertentangan sesama kita inilah yang dimaksudkan Rasulullah saw …fitnah al masih dajal. That is u need to focus your self to Al Quran and Hadits day by day and u need to read it, learn the du’a from shahih hadits so u are saved by Allah swt from misconclusion,fitnah. Dengarkan suatu hadits shahih( dari shahih Bukhari…kalau tak percaya kenalah belajar ilmu istilah hadits/atsar)..Umar ra menanyakan kepada Hudzaifah ra tentang fitnah….(dipendekkan)..dijawab Hudzaifah, “fitnah” yang kau maksudkan tidak ada kecuali selepasmu/ pada hadits lain pintunya ialah engkau Umar……bahawa fitnah2 ini hanya terjadi setelah kewafatan Umar ra. jadi cerita-cerita yang tuan sampaikan sangat2 berlawanan dengan maksud hadits mauquf ini. Yang tuan sebut sebagai “perubahan sunnah”, kenalah kenal siapa yang Rasulullah saw beri izin untuk “memahami apa yang dikehendaki Rasulullah saw. Bid’ah tidak dibenarkan, tidak ada bid’ah hasanah, semuanya dalam kesesatan dan itu neraka natijahnya(mafhum hadits). Tapi tuan kena bezakan pula mana yang bid’ah mana yang bukan, mana yang mashalat, apa kata Rasulullah saw tentang 4 khalifah …and so on. Kalaulah tuan faham maksud Umar “al Faruq” …kenali siapa shahabat itu semuanya…niscaya tuan tidak akan ragu kepada mereka… tentang Muawiyah dengan Ali, Allah faham apa yang berlaku antara mereka, adalah biasa walaupun membawa kepada fatal perselisihan antara manusia. Hati2 dengan ucapan membinasakan dengan membawa atau percaya akan berita yg tidak dikenali. Ya Ali lebih tinggi darjat dari Muawiyahi..tapi fitnah kepada Muawiyah yang tidak sedikit hadits yang disampaikan oleh shahabat Rasulullah saw ini boleh menyebabkan kuffur kerana ia telah dinyatakan dalam hadits tidak boleh memusuhi/benci/curiga dengan sahabat. Tapi yang tuan sebut Marwan itu tuan checklah dia itu shahabat atau bukan..memang Marwan zalim dan fasik…tapi saya berani nyatakan tidak begitu tentang Muawiyah, ia fitnah. Saya sampaikan di sini 2 hadits dari Rasulullah saw…sebagai permulaan tuan kena check either this 2 hadits that i am going to give to u are shahih,hasan, dhaif, dhaifu jiddan, atau maudhu’ (dan entah berapa ribu lagi istilah hadits.)
    1. Rasulullah saw bersabda: sesiapa yang berbohong dalam pembicaraan tentangku maka sediakanlah tempat duduknya di api neraka.
    2. Rasulullah saw bersabda: sesiapa yang menyampaikan apa sahaja yang didengarinya, cukuplah dia itu dikira sebagai pembohong.
    (diboleh menyampai hadits dhaif tapi kedhaifannya mestilah diterangkan…jika tidak lihatlah consequences dari 2 hadits di atas)
    Tuan sudah check apa2 berita yang tuan tulis? atau belum? Kalau tuan tidak pasti akan kedudukan semua cerita di atas, maka berdasarkan 2 hadits tadi tuan berada dalam keadaan bahaya
    Wasalam.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s