Mulanya Satu Kajian [14]

Oleh: Tijani

Aku sangat gembira. Aku susun buku-buku itu di ruangan khas yang aku namakan perpustakaan. Beberapa hari aku beristirehat. Daftar kerja untuk awal tahun pelajaran baru telah aku terima. Tugasku mengajar tiga hari berturut-turut dan selebihnya aku cuti.

Aku mula membaca buku-buku itu. Aku baca buku Aqaid al-Imamiyyah dan Aslus Syiah Wa Usuluha. Hatiku tenang melihat aqidah dan pemikiran-pemikiran yang dimiliki oleh Syiah. Kemudian aku baca kitab al-Murujaat (Dialog Sunah-Syiah) oleh Sayyid Syarafuddin al-Musawi. Setelah beberapa lembar aku baca, ianya sangat memikat sehingga tidak aku tinggalkan kecuali betul-betul terdesak. Kadang-kadang aku bawa kitab itu ke sekolah. Kitab itu sangat menarik perhatianku lantaran sikap dan ketegasan orang alim Syiah itu dan kemampuannya di dala menjawab setiap soalan yang diajukan oleh seorang alim Sunni Syaikh al-Azhar.

Kitab itu sangat menusuk jiwaku kerana ia berbeza dengan kitab-kitab lain. Biasanya penulis sebuah buku akan menulis apa sahaja yang ia kehendaki tanpa ada orang yang akan menyangkal atau mengkritik. Tetapi kitab ini adalah dialog antara dua alim dari dua madzhab yang berbeza.

Masing-masing membahas secaraa terperinci setiap apa yang mereka permasalahkan, kecil atau besar, dengan berpegangkan kepada dua asas segenap kaum Muslimin, yakni al-Qur’an dan Sunnah sahih yang disepakati. Buku itu benar-benar mewakiliku sebagai seorang yang sedang mencari suatu kebenaran. Ia akan menerima setiap kebenaran yang didapatinya. Itulah kenapa buku itu sangat berguna sekali bagiku dan mempunyai jasa yang besar yang tidak terhingga kepadaku.

Aku sangat hairan ketika si penulis berbicara tentang ketidakpatuhan sebahagian sahabat terhadap perintah-perintah Rasul SAWA. Dibawanya berbagai contoh, antara lain ialah Tragedi Hari Khamis. Tidak terbayangkan betapa Sayyidina Umar bin Khattab memprotes perintah Nabi dan mengatakan bahawa Nabi meracau. Mula-mula aku ingat bahawa riwayat itu mesti dari kitab-kitab Syiah. Lebih menghairankan lagi ketika aku lihat bahawa orang alim Syiah itu meriwayatkannya dari kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Aku katakan kepada diriku bahawa jika memang aku jumpai ini di dalam Sahih Bukhari maka ia akan menjadi sebuah pendapat bagiku.

Aku berangkat ke ibu kota. Di sana aku membeli kitab Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, Sahih Tirmidzi, Muwatta Imam Malik dan kitab-kitab lain yang terkenal. Belum sempat sampai ke rumah, sepanjang jalan ke Qafsah dengan bas umum, aku buka lembaran-lembaran Kitab Bukhari. Aku cari riwayat Tragedi Hari Khamis, dengan  harapan aku tidak akan menjumpainya di sana. Di luar dugaan aku dapati ada di sana dan aku baca berulang kali. Teksnya sama dengan apa yang ditulis oleh Sayyid Syarafuddin.

Aku berusaha untuk tidak mempercayai berlakunya tragedi ini secara keseluruhan kerana rasanya tidak mungking Sayyidina Umar melakukan perbuatan yang sangat ‘bahaya’ ini terhadap Nabi SAWA tetapi bagaimana aku akan mendustakan riwayat yang ada di dalam kitab sahih kami sendiri, yakni kitab sahihnya Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Bukankah kita telah mewajibkan diri kita untuk mempercayai bahawa kitab itu adalah kitab sahih. Meragukan atau mendustakan hatta sebahagian darinya bermakna kita telah mengabaikannya? Mengingatkan akibatnya kita akan mengabaikan seluruh kepercayaan kita.

Seandainya orang alim Syiah itu menukilnya dari kitab mereka maka aku tidak akan mempercayainya sama sekali. Tetapi ketika beliau menukilnya dari kitab sahih Ahlul Sunnah sendiri yang tidak ada jalan untuk mencelanya, sementara kita juga mengatakan bahawa itu adalah kitab yang paling sahih setelah turunya al-Qur’an, maka perkara tersebut menjadi lain dan menyirat suatu kemestian. Kalau tidak maka bermakna kita telah meragukan terhadap kesahihan kitab ini. Itu bermakna kita tidak mempunyai sebarang pegangan di dalam melihat hukum-hukum Allah SWT. Mengingatkan hukum-hukum yang ada di dalam Kitab Allah datang secara umum dan tidak terperinci. Dan kerana jarak kita dengan Rasulullah begitu jauh, maka kita telah mewarisi hukum-hukum agama kita melalui leluhur kita dengan perantara kitab sahih seperti ini. Dengan demikian maka kita tidak boleh mengabaikan kitab-kitab seumpama ini sama sekali.

Aku berjanji kepada diriku ketika mula mengkaji masalah yang panjang dan rumit ini untuk semata-mata berpegang kepada hadith yang sahih yang disepakati oleh Sunnah dan Syiah. Aku akan  mengabaikan setiap hadith yang hanya dipegang oleh satu madzhab sahaja dan ditolak oleh yang lain. Dengan cara yang adil seperti ini, aku akan dapat menjauhi diriku dari segala jenis pengaruh-pengaruh yang emosional, sikap taksub madzhab atau perselisihan kaum dan bangsa. Dalam waktu yang sama aku akan memoton jalan keragu-raguan untuk dapat sampai ke puncak keyakinan, yakni jalan Allah yang lurus.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s