Berangkat Ke Najaf [9]

Oleh: Tijani

Malam itu temanku memberitahuku bahawa besok Insya Allah kami akan pergi ke Najaf.”Apa itu Najaf?,”tanyaku.”Satu kota ilmu, tempat maqam Imam Ali,”jawabnya. Aku merasa sangat hairan bagaimana Imam Ali mempunyai kuburan yang dikenal. Bukankah syaikh-syaikh kami mengatakan bahawa Sayyidina Ali tidak diketahui dengan pasti di mana kuburannya?

Kami berangkat dengan kenderaan umum sehinggalah sampai di Kufah. Di sana kami melawat Jami’ al-Kufah, salah satu di antara peninggalan Islam yang terkenal. Temanku menunjukkan kepadaku berbaga tempat bersejarah seperti Jami’ Muslim bin Aqil dan Hani’ bin Urwah. Diceritakannya kepadaku secara ringkas bagaimana mereka berdua syahid. Ditunjukkannya juga kepadaku Mihrab tempat syahidnya Imam Ali, dan rumah tempat kediaman beliau bersama dua putranya Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husayn. Di rumah itu masih ada telaga tempat mereka mengambil air minum dan berwudhuk. Untuk seketika aku rasakan keasyikan jiwa menyaksikan betapa zuhudnya kehidupan Imam dan betapa sederhananya beliau, seorang Amirul Mukminin dan Khalifah yang keempat.

Aku juga tidak dapat melupakan sikap rendah diri dan hormat yang aku saksikan dari penduduk Kufah. Setiap kali kami berlalu pada suatu kumpulan, mereka akan berdiri sambil mengucapkan salam kepada kami. Salah seorang dari mereka – ketua sebuah kolej di Kufah – menjemput juga dengan anak-anaknya dan sempat bermalam. Aku rasakan yang seakan aku berada di tengah keluargaku. Setiap kali mereka akan menyebutnya dengan kata-kata “Saudara-saudara kita dari Mazhab Ahlul Sunnah”. Aku sangat senang dengan ucapan-ucapan mereka. Dan aku tanyakan kepada mereka beberapa soalan untuk menguji sejauh mana kejujuran kata-kata mereka.

Kemudian kami menuji Najaf, sejauh sepuluh kilometer dari Kufah. Setibanya di sna gambaran tentang masjid al-Kazimiah terukir kembali dalam fikiranku. Menara-menara keemasan nampak mengelilingi kubah yang diperbuat dari emas tulen. Kami masuk ke Haraam Imam setelah membaca izin masuk seperti kebiasaan para penziarah syiah. Di sini aku saksikan sesuatu yang lebih hebat dari yang pernah aku lihat di Jami’ Musa al-Kazim. Seperti biasa aku membaca Surah al-Fatihah tanpa menaruh keyakinan bahawa orang yang berada di kubur ini adalah Imam Ali. Aku seakan lebih percaya tentang kesederhanaan rumah yang dihuni oleh Imam Ali di Kufah. Aku berkata kepada diriku, jah sekali Imam Ali akan rela dengan kemegahan emas dan perak seperti ini sementara orang-orang Islam mati kelaparan di bahagian lain di dunia. Khususnya setelah aku saksikan beberapa orang miskin yang meminta-minta sedekah di jalan-jalan sekitar kawasan itu. Jiwaku memprotes: wahai orang-orang syiah, kalian keliru. Paling tidak akuilah kesalahan ini. Imam Ali adalah orang yang diutus oleh Rasul untuk menyamaratakan kuburan, lalu apa ertinya kuburan yang dihiasi dengan emas dan perak ini. Walaupun ini tidak merupakan syirik kepada Allah, paling tidak ia adalah suatu kesalahan yang besar yang tidak akan diampuni oleh Islam.

Temanku bertanya kepadaku sambil menghulurkan sepotong tanah kering apakah aku mahu solat? Aku menjawabnya dengan tegas – kami tidak solat di sekitar kuburan !? ” Kalau begitu tunggu aku sebentar untuk solat dua rakaat sunat.”

Sambil menunggu aku membaca beberapa tulisan yang tergantung di atas maqam. Dari celah-celah besi perak yang berukir aku lihat berbagai wang yang terhimpun. Dirham, riyal, dinar, dan lerah. Semuanya itu diberikan oleh para penziarah sebaga tabaruk (mengambil barakah) di dalam kerja-kerja amal yang berkaitan dengan maqam ini. Kerana banyaknya, aku sangka ia telah terkumpul dalam masa berbulan-bulan. Tetapi temanku berkata bahawa para petugas yang bertanggungjawab mengutipnya setiap malam selepas solat Isyak.

Aku keluar dan sana sambil menyimpan rasa geram. Aku bayangkan tentu lebih baik kalau mereka memberikan sedikit atau membahagi-bahagikannya kepada para fakir miskin yang begitu banyak di sana. Di sekitar maqam aku perhatikan berbagai kumpulan orang solat dan sebahagian yang lain mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah di atas mimbar. Aku dengar sebahagian mereka ada yang menangis tersedu-sedu dan sebahagian yang lain ada yang memukul-mukul dada. Aku ingin sekali menanyakan kepada temanku apakah sebabnya mereka menangis begitu sekali dan memukul-mukul dada. Tiba-tiba satu jenazah diusung berdekatan kami, dan aku saksikan juga sebahagian mereka mengangkat kerandanya di tengah-tengah ruangan lalu menurunkannya di sana. Aku fikir tangisan mereka mungkin kerana si mati yang meninggal itu.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s