Pertama Kali Melawat Iraq [6]

Oleh: Tijani

Kami berangkat dari Damsyik ke Baghdad dengan sebuah bas milik Syarikat an-Najaf al-A’lamiyyah yang berhawa dingin. Waktu itu suhu panas kota Baghdad sehingga empat puluh darjah celsius. Sesampainya kami di sana, kami segera pergi ke rumahnya di suatu kawasan yang indah, Mantiqah al-I’qal. Aku masuk ke rumahnya yang berhawa dingin. Sebentar kemudian dia datang membawa sehelai baju gamis panjang yang mereka panggil “Dasydasyah.”

Dihidangkan buah-buahan dan makanan lain. Kemudian ahli keluarganya masuk dan mengucapkan salam kepadaku dengan penuh adab dan hormat. Ayahnya memelukku yang seakan-akan dia telah mengenalku sejak lama dulu. Ibunya berdiri di tepi pintu dengan memakai kain panjang (a’baah) yang hitam sambil mengucapkan salam dan kata-kata selamat datang lainya. Temanku ini atas nama ibunya meminta maaf kepadaku kerana tidak bersalaman. Katanya bersalaman antara lelaki dan perempuan ajnabi  adalah haram.

Aku berasakan lebih hairan lagi. Aku katakan kepada diriku: mereka yang kita tuduh sebagai orang yang telah terkeluar dari agama ini, justeru lebih menjaganya dibandingkan dengan kita. dan dari beberapa perjalananku bersamanya, aku lihat dia mempunyai akhlak yang sangat tinggi an jiwa yang bersih. Sikap rendah dirinya dan sifat waraknya belum pernha aku temuinya seumpamanya sebelum ini. Benar-benar aku rasakan aku bukanlah seorang asing yang bertamu di rumahnya.

Pada waktu malam kami naik ke atas atap rumah. Tempat tidur telah dibentangkan untuk kami di sana. Aku masih terjaga sehingga larut malam. Aku merasa seperti tidak percaya, apakah aku dalam keadaan mimpi atau benar-benar sedar. Benarkah aku kini berada di Baghdad di sisi maqam Sayyidi Abdul Kadir al-Jailani?

Temanku tertawa dan bertanya apa yang dikatakan oleh orang-orang Tunisia tentang Abdul Kadir al-Jailani? Mula aku ceritakan kepadanya tentang beberapa karamahnya yang sangat masyhur di tempat kami. Begitu jua tempat-tempat yang menggunakan namanya. Beliau adalah pusat dari suatu bulatan. Sebagaimana Muhammad Rasulullah SAWA penghulu para Nabi, maka Abdul Kadir al-Jailani adalah penghulu para wali. Telapak kakinya di atas pundak seluruh wali. Beliau yang berkata:”Seluruh orang tawaf sekitar Rumah Ka’bah untuk tujuh kali dan aku tawaf di sekitar Rumah itu dengan kemahku.”

Aku cuba menyakinkannya bahawa Syaikh Abdul Kadir al-Jailani mendatangi sejumlah murid-murid dan pencintanya secara nyata, mengubati mereka dan menolong kesukaran mereka. Waktu itu aku lupa atau berpura-pura lupa tentang aqidah Qahabiyyah  yang aku ketahui, di mana mereka mengatakan bahawa kesemua itu adalah syirik kepada Allah. Ketika aku rasakan bahwa temankan ini tidak ghairah (mendengar penjelasanku), aku cuba menyakinkan diriku pula bahawa apa yang aku katakan tadi adalah tidak benar, lalu aku tanyakan  pendapatnya.

Sambil tertawa teman ini berkata kepadaku:”Tidurlah dan beristirehatlah dari segala keletihan yang kau alami. Esok, Insya Allah, kita akan berziarah ke maqam Syaikh Abdul Kadir al-Jilani.”

Mendengar berita ini aku sangat gembira sekali. Sedemikian hingga kalaulah waktu itu fajar segera menyingsing tetapi rasa letih yang amat sangat menyebabkan aku tidur sangat nyenyak sehinggalah matahari terbit dan hilanglah waktu solat Subuh. Temanku memberitahu bahawa dia berkali-kali cuba membangunkanku tetapi mungkin lantaran terlalu letih aku tidak mendengarnya.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s