Peristiwa yang Membawa Mereka Menyimpang dari Sunnah Rasul

Oleh: Tijani

Itu adalah keengganan mereka untuk turut serta didalam tentera Usamah yang telah ditubuhkan sendiri oleh rasul Allah dengan memerintahkan mereka, dua hari sebelum baginda wafat, untuk berada dibawah pemerintahan Usama. Mereka sehinggakan sanggup menyebarkan keraguan diatas kebijaksanaan rasul Allah dan mengkritik baginda kerana telah melantik seorang muda berusia 17 tahun, yang belum pun tumbuh janggut, sebagai pemerintah tentera. Abu Bakr dan Umar dan ramai lagi para sahabat yang lain, enggan turut serta didalam pasukan tersebut, dengan alasan bahawa mereka mengambil berat tentang isu khalifah walaupun kutukkan rasul Allah terhadap mereka yang enggan bersama Usamah [14].

Ali dan pengikutnya, mereka tidak diarahkan oleh rasul Allah untuk turut serta didalam pasukan Usama adalah bertujuan untuk menghapuskan pertikaian, dan juga bertujuan untuk mengeluarkan kehadiran penghalang-penghalang yang degil yang menentang perundangan Allah, supaya mereka tidak akan kembali dari Mu’ta [melaksanakan tugas didalam pasukan tentera] sebelum Ali dapat memegang tampuk kerajaan dengan sepenuhnya, sebagaimana yang dikehendaki Allah dan rasulNya supaya beliau menjadi pengganti rasul.

Tetapi dikalangan Arab yang pintar belit dari Quraysh, mereka dapat meramalkan rancangan rasul dan enggan keluar dari Madinah. Mereka menunggu sahingga rasul kembali kepada Tuhannya. Maka barulah mereka melaksanakan skim rancangan mereka, menentang dan tidak melaksanakan apa yang Allah dan rasulNya inginkan; dalam perkatan lain, mereka menolak Sunnah Rasul.

Maka menjadi nyatalah kepada kami, dan kepada semua para penyelidik, bahawa Abu Bakr, Umar, Uthman, Abd al-Rahman ibn Awf, dan Abu Ubaydah Amir al-Jarrah selalu enggan [menolak] untuk terikat dengan Sunnah Rasul, mereka lebih suka pada pendapat sendiri. Mereka selalu mengejar kepentingan dunia dan menginginkan untuk memiliki penguasaan politik walaupun jika harga untuk melakukannya adalah menderhaka kepada Allah dan RasulNya.

Dan bagi Ali dan sahabat yang mengikut beliau, mereka selalu menegakkan Sunnah Rasul dan bertindak menguatkuasakan sepenuhnya seberapa yang terdaya. Kita telah lihat bagaimana Ali semasa krisis itu telah melaksakan wasiat rasul untuk memandikan jasadnya, menyediakan kafannya, melakukan solat jenazah untuknya, dan mengkebumikan baginda kedalam kubur. Ali melaksanakan semua arahan-arahan itu tanpa mengalihkan tumpuan kepada yang lain walaupun beliau tahu bahawa yang lain-lainnya berlumba-lumba ke saqeefa Bani Sa’idah bertujuan untuk melantik seorang dari mereka sebagai khalifah. Beliau juga boleh melakukan yang serupa dan sabotaj [menggagalkan] rancangan mereka, tetapi penghormatannya kepada Sunnah Rasul dan pada perlaksanaannya mengatakan bahawa beliau mesti tinggal disisi baginda rasul.

Disini kami harus berhenti sebentar, walaupun seketika, untuk memerhatikan tingkah laku yang begitu mulia yang mana Ali telah pelajari dari rasul. Mengorbankan kedudukannya sebagai khalifah hanya bertujuan untuk melaksanakan perintah dari Sunnah, beliau menyaksikan yang lainnya menolak Sunnah sebagaimana mereka mengejar mencari kedudukan khalifah.


[14] baca ms 29 jilid 1 buku al-Shahristani Kitab al-milal wal nihal kenyataan rasul:

‘Kutukan Allah kepada sesiapa yang meninggalkan pasukan Usamah.’

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s