Insiden Pertama yang Membawa kepada Perpecahan Ummah Muslim kepada Syiah dan Sunnah

Oleh: Tijani

Ini adalah satu pendirian yang amat memilukan yang telah diambil oleh Umar ibn al-Khattab dan beberapa sahabat yang lainnya, menghalang perintah rasul Allah yang menyuruh mereka untuk membawakan sesuatu supaya baginda dapat menuliskan pesanan untuk mereka. Baginda berjanji bahawa ianya akan menghalang mereka kembali kepada kesesatan [jahiliah][11].

Ini adalah Bencana dihari Khamis, sebenarnya, yang paling trajik sekali. Ianya disebutkan oleh semua pengarang sahih dan sunan dan telah didokumenkan oleh semua para hadith dan ahli sejarah. Didalam bahagian yang bersangkutan dengan kenyataan rasul Allah yang sedang sakit: ‘Pergi jauh dari saya,’ al-Bukhari telah merakamkan didalam sahihnya [12]. bersandarkan kepada keterangan oleh Ubaydullah ibn Abdullah ibn ‘Utbah ibn Mas’ud.

Abdullah menyatakan dari Ibn Abbas yang berkata bahawa apabila kematian menghampiri rasul Allah, rumah baginda dipenuhi oleh kaum lelaki termasuk Umar ibn al-Khattab. Rasul Allah berkata: ‘Biar saya tuliskan untuk kamu sesuatu yang akan senantiasa memelihara kamu daripada menyimpang selepas aku.’ Umar berkata: ‘Rasul Allah didalam keadaan gangguan mental [berkata yang bukan-bukan], dan kamu mempunyai bersama kamu al-Quran, jadi, Kitab Allah mencukupi bagi kami’ Mereka yang hadir disitu bertengkar diantara mereka, dan pertengkaran mereka telah bertukar menjadi perkelahian. Sebahagian mereka berkata:

‘Mari rapat kepada rasul supaya baginda dapat menuliskan sesuatu yang dapat menyelamatkan kita dari menyimpang selepas baginda,’ sedangkan yang lain mengulangi apa yang Umar telah katakan. Apabila pertengkaran dan perbalahan menjadi lebih hangat dihadapan rasul Allah, Rasul Allah berkata kepada mereka: ‘Pergi jauh dari saya.’ Ibn Abbas selalu mengatakan:

‘Bencana, bencana yang sebenar, adalah menghalang rasul Allah daripada menulis apa yang ingin dituliskan nya dengan pertengkaran dan perkelahian.’

Kesahihan hadith ini tidak dapat dipersoalkan, ataupun peristiwa yang mana telah pun berlaku. Al-Bukhari menyatakannya didalam bab Pengetahuan dengan panjang lebar di muka surat 22 jilid 1 didalam buku sahihnya dan juga telah dirakamkan didalam banyak buku-buku yang lainnya. Dia menulisnya dibeberapa tempat didalam sahihnya. Muslim, juga menyatakan dibahagian kesimpulan pada wasiat rasul Allah didalam sahihnya pada muka surat 14 jilid 2. Ahmad mengatakan dari hadith Ibn Abbas pada muka surat 325 jilid 1 di Musnadnya. Ianya telah dinyatakan oleh semua pengarang hadith dan buku sejarah, setiap pengarang menyuntingnya tetapi mengekalkan intipatinya, mengulangi fakta bahawa rasul Allah telah dikatakan sebagai ‘berkhayal’ atau ‘terganggu mental’ [nyanyok]. Tetapi mereka juga menyebut bahawa Umar telah berkata: ‘Rasul telah terganggu mental’ hanya untuk membuatkan kenyataan itu lebih munasabah dan melemahkan sentimen [perasaan] mereka-mereka yang mendapatinya sebagai penghinaan. Untuk menyokong fakta ini adalah dari apa Abu Bakr ibn Abdul-Aziz al-Jawhari telah katakan didalam bukunya Al-Saqifah dimana dia bergantung pada kata-kata Ibn Abbas.

Ibn Abbas telah berkata:

Apabila kematian menghampiri rasul Allah, terdapat ramai kaum lelaki dirumah baginda. Salah seorang dari mereka adalah Umar ibn Al-Khattab. Rasul Allah berkata:

‘Bawakan dakwat dan tempat tulis supaya dapat saya tuliskan sesuatu yang akan memelihara kamu dari menyimpang selepas saya.’ Mereka yang hadir berbalah diantara mereka. Sebilangan mereka mengatakan: ‘Mari hampir dan lihat rasul menuliskan untuk kamu sesuatu’ sedangkan yang lain mengulangi apa yang Umar telah katakan. Apabila perbalahan dan pertengkaran menjadi lebih hangat, rasul Allah menjadi marah dan berkata: ‘Pergi jauh dari saya’ [13]

Ini membuktikan bahawa para penulis hadith yang tidak mahu menyatakan nama orang yang membantah kehendak rasul Allah, telah menyatakan kenyataan orang itu secara lisan. Didalam bab memberi hadiah kepada perwakilan, didalam bukunya Al-Jihad wal Siyar, muka surat 118 jilid 2, al-Bukhari menyatakan:

Qabsah telah menyatakan sebuah hadith kepada kami dari Ibn Ayeenah, Salman al-Ahwal, dan Saeed ibn Jubayr. Mereka secara turutan menyatakan Ibn Abbas berkata: ‘Pada hari Khamis__apalah hari yang Khamis ini….’ Dia menangis dan kemudian terus berkata, ‘…kesakitan pada diri rasul Allah bertambah; maka, baginda mengarah kami untuk membawakan barangan untuk menulis supaya baginda dapat menuliskan sesuatu yang mana kita akan terpelihara dari menyimpang selepas baginda, tetapi manusia berbalah, setelah mengetahui bahawa sesiapa pun tidak boleh berbalah dihadapan rasul Allah. Mereka berkata: ‘Rasul Allah telah terganggu mentalnya’ Makanya baginda berkata: ‘Tinggalkan saya sendirian, sakit yang saya deritai lebih tertanggong dari apa yang kamu katakan terhadap saya.’ Baginda tinggalkan didalam wasiat baginda tiga arahan: Untuk mengeluarkan orang kafir dari tanah Arab, untuk menghadiahkan perwakilan dengan cara yang sama sebagaimana yang dilakukan oleh baginda,’ dan saya terlupa yang ketiganya.

Hadith yang sama telah dinyatakan oleh Muslim pada bahagian akhir bab mengenai wasiat didalam sahihnya, dan oleh Ahmad didalam hadith Ibn Abbas pada muka surat 222 jilid 1 dari hasil kerjanya, dan oleh para hadith yang lainnya. Adalah jelas dari insiden ini bahawa Umar ibn al-Khattab pada pandangannya bahawa dia tidak terikat oleh Sunnah rasul. Ini menunjukkankan perundangan yang dia laksanakan apabila dia menjadi khalifah, dan dimana dia menggunakan pandangan nya walaupun jika ianya bertentangan dengan kenyataan rasul Allah. Yang sebenarnya dia mengikuti pandangan dia sendiri apabila dia menentang teks [ayat-ayat] Allah yang nyata. Dia mengharamkan apa yang Allah halalkan dan begitu juga sebaliknya.

Adalah lumrah untuk melihat para penyokongnya dikalangan sahabat mempunyai atitiud [perangai] yang sama berkaitan dengan sunnah rasul. Bab yang seterusnya akan membuktikan pada para pembaca bahawa para sahabat tersebut, yang sebenarnya, dan kepada malapetaka yang besar pada Ummah Islam, setelah mereka meninggalkan Sunnah rasul Allah dan menerima pakai Sunnah Umar ibn al-Khattab sebaliknya.


[11] Bencana Khamis yang dirakamkan keduanya al-Bukhari dan Muslim didalam sahih mereka
[12] al-Bukhari sahih jilid 4 ms 4
[13] Ibn Abdul-Hadid, Sharth Nahjul Balagha jilid 2 ms 20.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s