Mengenali Syiah Hakiki [1]

Oleh: Tijani

Jika kita berhasrat untuk membicangkan mengenai Syiah tanpa kefanatikan [taksub] atau kepura-puraan, kita akan berkata bahawa merekalah yang mengikuti Pendidikan Pengetahuan Islam yang menghormati dan mengikuti Dua Belas Imam dari keluarga Rasul Allah [Ahl al-Bayt]. Mereka adalah Ali dan sebelas dari keturunan beliau. Syiah merujuk kepada Rasul dan Dua Belas Imam mengenai semua perundangan fiqh dan urusan kemasyarakatan. Mereka tidak mengutamakan sesiapa selain dari Dua Belas Imam dengan pengecualian kepada datuk mereka, Pembawa Pengkhabaran, Muhammad, Pesuruh Allah. Ini adalah secara ringkas definisi [keterangan] sebenar mengenai Syiah. Untuk menolak tuduhan yang disebarkan oleh pembuat fitnah dan para fanatik yang mengatakan bahawa Syiah adalah musuh Islam, bahawa mereka mempercayai ‘kerasulan’ Ali, dan bahawa beliaulah yang membawa Pengkhabaran Kerasulan, atau bahawa mereka bersekutu dengan Abdullah ibn Saba, seorang Yahudi, dan bahawa mereka adalah yang itu dan mereka adalah yang ini…..

Saya telah banyak membaca buku dan karangan-karangan yang ditulis oleh mereka yang bersungguh-sungguh untuk ‘membuktikan’ bahawa Syiah adalah kafir, dan mencuba untuk menyisihkan mereka dari kepercayaan Islam sama sekali.

Tetapi kenyataan mereka tidak lebih dari fitnah dan penipuan yang nyata, yang tidak dapat mereka buktikan dan dokumenkan melainkan dengan memetik dari golongan mereka yang terdahulu diantara musuh-musuh Ahl al-Bayt telah katakan, sebagai tambahan kepada kenyataan Nasibis yang telah memaksakan penguasaan mereka keatas dunia Islam dan memerintah dengan kekerasan dan kezaliman, menjejaki keturunan Rasul begitu juga mereka-mereka yang mengikutinya, membunuh dan menghalau mereka, dan memanggil mereka dengan segala nama yang buruk.

Diantara nama-nama yang buruk, yang kerap diulang-ulangi didalam buku yang ditulis oleh musuh-musuh Syiah, adalah istilah ‘Rafidis,’ penolak. Pembaca yang kurang arif terus akan menganggap bahawa merekalah, yang besar kemungkinannya, telah menolak prinsip-prinsip Islam dan yang tidak melakukan dengan mengikutinya, atau bahawa mereka menolak Pengkhabaran Rasul Muhammad. Tetapi perkara sebenarnya adalah yang berlainan. Mereka dipanggil ‘Rafidis’ hanya kerana pemerintah Ummayad dan Abbasid yang terdahulu, dan begitu juga para ulama’ jahat yang sentiasa hendak menyenangkan para pemerintah, telah memberikan gambaran yang salah terhadap Syiah dengan melekatkan [lebel] istilah yang sebegitu kepada mereka. Syiah memilih untuk kekal taat kepada Ali, menolak khalifanya Abu Bakr, Umar dan Uthman, dan mereka menolak semua para khalifa dari pemerintah Umayyad dan Abbasid.

Mereka yang sedemikian [pemerintah] telah menyesatkan Ummah Islam melalui pertolongan beberapa pemalsu dari kalangan para sahabat rasul, mengatakan bahawa kedudukan khalifa mereka adalah sah kerana ianya adalah mandat dari Allah [awj]. Maka merekalah mengatakan bahawa ayat yang berbunyi, ‘O orang-orang yang beriman, ikutlah Allah dan ikutlah rasul dan orang-orang yang diberi kuasa diantara kamu’ [4:59] telah disampaikan [wahyukan] mengenai mereka, terutamanya kerana mereka telah diberi tanggong jawab dengan penguasaan kerajaan dan ketaatan kepada mereka, makanya, adalah wajib bagi semua Muslim. Mereka telah mengupah pemalsu yang mengaitkan kepada rasul Allah hadith yang berikut:

Tiada siapa meninggalkan penguasa pemerintah walaupun sedikit satu inci lalu mati melainkan bahawa dia mati seorang jahiliah’.

Maka kami menyedari bahawa Syiah ditindas oleh pemerintah kerana mereka enggan untuk memberikan kesetiaan kepadanya dan menolak penguasaan mereka, menganggapnya sebagai telah merampas hak kepunyaan Ahl al-Bayt. Maka pemerintah sepanjang beberapa abad telah menipu orang-orang awam, supaya mempercayai bahawa Syiah menolak Islam dan mereka [pemerintah] menginginkan tidak kurang dari penghapusan dan kematian mereka [syiah], sebagaimana yang telah dinyatakan oleh penulis terdahulu dan sekarang dan juga ahli sejarah yang telah mengaku bahawa mereka adalah dari golongan orang-orang yang berpengetahuan.

Jika kita kembali kepada permainan yang membuat salah kelihatan betul, kita akan sedar bahawa terdapat perbezaan diantara mereka yang ingin menghapuskan Islam dan mereka yang cuba untuk menamatkan kezaliman dan kurapsi [kefasikan] kerajaan yang norma tabiinya adalah anti-Islam. Syiah tidak pernah meninggalkan Islam; melainkan, mereka menentang pemerintahan yang tidak adil, dan objektif mereka adalah selalunya untuk memulangkan semula amanat kepada yang berhak dan akan tegaklah fondisi [asas] bagi Islam yang memerintah dengan adil dan saksama. Bagaimanapun, matlamat yang telah kami capai dari hasil penyelidikkan kami terdahulu, sebagaimana yang dinyatakan didalam ‘Maka Saya Mendapat Petunjuk’, ‘Bersama Mereka yang Benar’, dan ‘Tanya Mereka yang Mengerti’, bahawa Syiahlah yang akan mendapat keselamatan, kerana merekalah yang berpegang teguh kepada Dua Perkara Berat: Kitab Allah, dan keturunan rasulNya.

Untuk berlaku adil, beberapa ulama’ dari mereka yang bergelar sebagai ‘Ahl al-Sunnah wal Jamaah’ mengakui fakta yang sama ini. Sebagai contoh, Ibn Manzur berkata yang berikut ini di dalam buku kamusnya Lisan al-Arab di mana dia menerangkan erti Syiah:

Syiah adalah mereka-mereka yang mencintai apa yang dicintai oleh keturunan rasul, dan mereka taat kepada keturunan itu[1].

Komen terhadap kenyataan tersebut, Dr. Sa’id Abd al-Fattah ‘Ashoor berkata, ‘Jika Syiah mencintai apa yang dicintai oleh keturunan rasul dan taat kepada keturunan itu, siapakah diantara Muslim yang akan menolak untuk menjadi Syiah?’

Zaman fanatik dan permusuhan turun-temurun telah berlalu, dan kini zaman pengajaran dan kebebasan intelektual sedang terbit, maka, para remaja terpelajar hendaklah membuka mata mereka dan membaca karangan yang dicetak oleh Syiah. Mereka [pelajar] hendaklah menghubungi para Syiah, dan berbincang dengan ulama’ mereka, supaya mengetahui yang benar terus dari sumber asalnya, kerana kerap-kali kita dipedaya dengan kata-kata manis madu dan juga fitnah yang tidak dapat menahan sebarang bukti atau hujah?

Dunia hari ini mudah untuk didampingi oleh setiap orang, dan Syiah boleh ditemui disetiap tempat didunia. Adalah tidak adil bagi seorang penyelidik yang mempelajari Syiah bertanya kepada musuh dan lawan mereka, yang mempunyai pandangan agama yang berlainan dari mereka, mengenai mereka [Syiah]. Dan apakah yang dapat diharapkan oleh yang bertanya selain dari diberitahu oleh musuh-musuh yang sedemikian itu apa yang selalu diperkatakan semenjak dari bermulanya sejarah Islam? Syiah bukanlah sistem agama yang rahsia, yang tidak menyatakan kepercayaan mereka melainkan kepada ahli sahaja, bahkan, buku-buku dan kepercayaan mereka dicetak diseluruh dunia, sekolah-sekolah agama mereka dibuka kepada semua yang ingin mencari ilmu, ulama’ mereka mengadakan perbincangan umum, syarahan, debat dan konferen dan mereka memanggil semua kepada asas yang sama, dan cuba untuk menyatukan Ummah Islam. Saya yakin bahawa individu yang berfikiran saksama didalam Ummah Islam, yang sirius menyelidiki perkara ini akan menemui kebenaran, yang selebihnya tidak ada apa-apa melainkan kepalsuan. Tidak ada yang menahan mereka dari mencapai kebenaran tersebut melainkan propaganda media yang berat sebelah, pengkhabaran palsu yang disebarkan oleh musuh Syiah atau amalan salah yang tertentu yang diamalkan oleh segelintir orang awam Syiah[2] . Kadang kala ini sudah mencukupi bagi musuh Syiah untuk mengeluarkan satu tuduhan palsu, atau menghapuskan kepercayaan pada yang salah untuk bersama didalam barisan mereka.[3]

Saya teringat mengenainya insiden seorang Syria yang telah dikelirukan oleh media propaganda dikala itu. Setelah memasuki Madinah untuk menziarah makam rasul Allah yang agung, dia ternampak seorang penunggang kuda yang begitu mulia dan hebat serta menarik perhatian, dan beliau telah diikuti oleh pengikutnya yang mengelilingi beliau dari segala arah, bersedia menunggu arahan dari beliau. Orang Syria itu agak hairan kerana terdapat seorang yang lain dari Muawiyah yang dikelilingi dan dimuliakan. Dia telah diberitahu bahawa penunggang tersebut adalah al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib. ‘Adakah dia anak Abu Turab, Kharijite?!’ dia bertanya. Kemudian dia dengan keterlaluan menyumpah dan menghina al-Hasan, ayahandanya, dan Ahl al-Baytnya. Sahabat al-Hasan menghunus pedang mereka dan meluru untuk membunuh orang Syria itu, tetapi mereka telah ditahan oleh Imam al-Hasan yang turun dari kudanya, menyambut dengan mesra orang Syria itu, dan dengan cara teramat sopan bertanya kepadanya, ‘Kelihatan kepada saya awak adalah orang asing didaerah ini, O saudara kepada Arab, adakah kamu begitu?’ ‘Ya’ orang Syria itu menjawab, ‘Saya dari Syria, dan saya adalah pengikut amirul mukminin ketua kepada muslim Muawiyah ibn Abu Sufyan. Sekali lagi al-Hasan menyambutnya dan berkata kepadanya, ‘Kamu adalah tetamu saya,’ tetapi orang Syria itu menolak pelawaannya, bahkan al-Hasan terus mendesak untuk menjadi tuan rumah sehinggalah dia bersetuju. Imam, didalam tempoh layanan tersebut [kebiasaannya tiga hari], terus menerus melayaninya secara individu dan dengan layanan yang teramat baik. Pada hari keempat, orang Syria itu mula menunjukkan tanda-tanda kekesalan dan bertaubat diatas kelakuannya yang telah lalu terhadap al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib; dia teringat bagaimana dia telah menyumpah dan menghina beliau, sedangkan beliau disini terlalu baik dan pemurah. Dia meminta al-Hasan dan bermohon kepada beliau untuk memaafkan segala kelakuannya yang lalu, dan keputusannya adalah dailog yang berikutnya dihadapan sebahagian dari sahabat al-Hasan:

Al-Hasan: Adakah kamu membaca al-Quran, O saudara kepada Arab?

Syrian : Saya telah menghafal keseluruh tek al-Quran

Al-Hasan : Tahukah awak siapa Ahl al-Bayt yang mana Allah telah menghapuskan segala kekotoran dan yang telah disucikan dengan kesucian yang sempurna?

Syrian : Mereka adalah Muawiyah dan keluarga Abu Sufyan

Mereka yang hadir disitu amat terkejut mendengar jawapan yang sedemikian itu

Al-Hasan tersenyum dan berkata kepada orang itu, ‘Saya adalah al-Hasan ibn Ali; ayah saya adalah sepupu dan adik kepada rasul Allah; ibu saya Fatima, ketua bagi semua wanita di dunia ini; datuk saya adalah rasul Allah dan ketua bagi semua nabi-nabi dan rasul. Bapa saudara saya al-Hamza, ketua bagi syuhada, dan begitu juga Jafar al-Tayyar. Kami adalah Ahl al-Bayt yang Allah [awj], telah sucikan dan kebaikan kepada kami [ahl al-bayt] yang Dia [Allah] perlukkan dari Muslim. Pada kami lah Allah dan malaikatNya sejahterakan, dan memerintahkan Muslim supaya mensejahterakan kami. Saya dan adik saya al-Husayn adalah ketua bagi remaja disyurga’

Kemudian Imam al-Hasan menyatakan satu persatu, beberapa kemulian Ahl al-Bayt, mengenalkannya dengan kebenaran, dimana kemudiannya orang Syria itu dapat melihat cahaya, maka dia menangis dan terus mencium tangan al-Hasan dan mukanya berkali-kali meminta maaf diatas kesalahannya, berkata, ‘Demi Allah, Tuhan yang Maha Esa! Saya memasuki Madinah dan tiada siapa dimuka bumi ini yang saya benci malainkan kamu, tetapi sekarang saya mencari kedekatan kepada Allah [awj] dengan mencintai kamu, patuh kepada kamu, dan menjauhkan diri dari mereka yang memusuhi kamu’

Maka barulah Imam al-Hasan menghadap kepada sahabatnya dan berkata, ‘Dan kamu mahu membunuhnya walaupun dia tidak bersalah! Jika dia telah mengetahui yang sebenar, tentu dia tidak menjadi musuh kita. Kebanyakkan Muslim di Syria adalah seperti dia. Jika mereka mengetahui yang sebenar, mereka akan mengikutinya.’ Kemudian beliau membacakan ayat yang berbunyi: ‘Tidak sama perbuatan yang baik dengan perbuatan yang jahat, tolaklah [kejahatan] dengan apa yang baik, maka orang yang ada permusuhan dengan engkau akan menjadi sahabat yang karib’ [41:34

Ya, ini adalah suatu kenyataan yang benar bagi kebanyakkan manusia, malangnya, mereka tidak sedar. Berapa banyakkah mereka-mereka yang menentang kebenaran dan menolaknya disepanjang usia hidupnya sehingga suatu hari mereka dapati bahawa mereka telah tersalah, maka mereka cepat-cepat bertaubat dan meminta ampun? Setiap manusia bertanggong jawab untuk mencari kebenaran: telah dikatakan bahawa bertukar kepada kebenaran adalah kemuliaan.

Masalahnya adalah terhadap mereka yang melihat kebenaran dengan mata mereka sendiri dan memegangnya dengan tangan mereka sendiri, namun begitu mereka tetap berdiri menghadapi dan menentangnya hanya untuk mendapatkan kesudahan yang rendah, sekadar kesenangan untuk hidup yang sementara ini, dan juga kerana dendam yang tersembunyi. Mengenai manusia seperti ini Tuhan MahaTinggi dan Maha Suci telah berkata: ‘Sama saja bagi mereka, engkau beri peringatan atau tiada engkau beri peringatan, niscaya mereka tidak akan percaya’ [36:10]. Maka tidak ada gunanya membuang masa dengan mereka, melainkan menjadi tanggung jawab kita untuk berkorban apa saja untuk mereka yang berfikiran wajar dan yang benar-benar mencari kebenaran dan melaksanakan dengan daya usaha yang ikhlas untuk mencapainya. Inilah manusia yang mana Tuhan yang Maha Suci telah berkata: ‘Engkau hanya boleh memberi peringatan, mereka yang mengikut peringatan dan takut kepada yang Maha Pengasih yang ghaib. Maka berilah dia khabar gembira dengan ampunan dan ganjaran yang mulia’ [36:11]

Mereka yang dirahmati dengan kesedaran dari Syiah dimana sahaja, bertanggung jawab untuk membelanjakan harta dan masa mereka untuk memperkenalkan kebenaran kepada semua ahli didalam Ummah Islam. Imam dari Ahl al-Bayt bukanlah keutamaan khas bagi Syiah sahaja; bahkan, mereka adalah Imam petunjuk kepada semua. Mereka adalah sinaran cahaya untuk semua Muslim dikegelapan kejahilan. Jika Imam dari Ahl al-Bayt tinggal tidak diketahui oleh ramai Muslim, terutama dari kalangan yang terpelajar diantara pengikut ‘Ahl al-Sunnah dan Jamaa,’ Syialah yang memikul beban tanggung jawab yang sedemikian dihadapan Allah.

Jika masih terdapat lagi diantara manusia yang kafir dan atheis [tidak beragama] yang tidak tahu langsung dengan agama Allah yang lurus sebagaimana yang telah dibawa oleh Muhammad, ketua bagi segala rasul, tanggung jawab ini jatuh pada bahu setiap para Muslim.


[1] rujuk ms 189 jilid 8 Lisan al-Arab oleh Abdul-Fadl Jamal ad-Din Muhammad Ibn Manzur [630-711 AH/1233-13311 AD]

[2] kami akan sudahi, apabila kami sampai kepenghujung buku ini, bahawa kelakuan sebilangan orang awam Syiah menghalang [mengurangkan keyakinan] remaja Sunni yang terpelajar dari meneruskan penyelidikan untuk mencari kebenaran.

[3] Sebagaimana, yang telah berlaku kepada penulis buku ini dan kepada mereka yang lainnya

4 responses to “Mengenali Syiah Hakiki [1]

  1. Ping-balik: Mengapa Aku Memilih Syiah Setelah Berdialog Dengan Ulama Syi’ah « http://syiahali.wordpress.com web syi'ah terlengkap·

  2. Ping-balik: Ahlulbait Nabi Pewaris Khilafah Rasulullah, Jadi Jelas Syi’ah Imamiyah Adalah Ahlusunnah Yang Sejati « http://syiahali.wordpress.com web syi'ah terlengkap·

  3. Ping-balik: Dialog Dengan Para Ulama Syiah « Syiahsunni's Blog·

  4. Ping-balik: gelar ‘Ahl al-Sunnah wal Jamaah’ dicipta sebagai mazhab baru agar setanding dengan Ali dan pengikutnya « web syi'ah imamiyah ushuliyah terlengkap di Indonesia-Malaysia dan Brunei.. Web ini membantu N.U dan Rakyat Malaysia melawan Salafi Wah·

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s