Dailog dengan Ulama [20]

Oleh: Tijani 

Aku katakan kepada seorang ulama’ kami: Apabila Muawiyah membunuh orang yang tidak berdosa dan memalukan orang yang terhormat, kamu menghukum dia sebagai telah berijtihad namun yang tersalah, dan mendapat satu pahala. Apabila Yazid membunuh keturunan Rasul Allah (saw) dan memberi kuasa menggeledah al-Madinah al-Munawwarah kepada askarnya, kamu menghukum dia sebagai telah berijtihad namun yang tersalah, dan mendapat satu pahala, sehingga sebahagian kamu juga mengatakan bahawa “al-Husayn dibunuh oleh pedang datuknya” sebagai alasan untuk membenarkan perlakuan Yazid. Nah, mengapa pula aku tidak boleh berijtihad melalui pengajian ini, yang telah memaksaku untuk meragui niat para sahabat dan untuk membuktikan keburukkan sebahagian dari mereka, yang tidak sama taranya dengan pembunuhan yang dilakukan oleh Muawiyah dan Yazid terhadap keluarga Nabi (saw)? Jika aku benar, aku berhak mendapat dua pahala, dan jika aku tersalah, aku hanya mendapat satu pahala. Bagaimana pun kritikanku terhadap para sahabat, bukan untuk menghina mereka atau mencaci mereka, tetapi ini adalah caranya untuk ku mencapai kebenaran, aku berharap semoga demikian. Siapakah didalam kumpulan yang benar dan siapakah didalam kumpulan yang salah. Ini adalah tugasku dan tugas setiap muslim, dan Allah (awj) mengetahui apa yang didalam diri kita. Ulama’ itu kemudian menjawab, “O anakku, Ijtihad [penghuraian bagi agama Islam] telah tidak diizinkan untuk sekian lama”

Aku bertanya, “Siapa yang menutupnya?”

Dia berkata, “Imam madzhab yang empat”.

Aku berkata, “Syukur kepada Allah! Oleh kerana bukan Allah yang menghalangnya, mahupun pesuruhNya (saw), atau pun khalifah yang empat, yang mana kita diarahkan untuk mengikutinya, maka tidak ada halangan pada saya untuk berijtihad, sabagaimana mereka dahulu lakukan”.

 Dia berkata, “Kamu tidak boleh berijtihad melainkan jika kamu mengetahui tujuh belas cabang ilmu pengetahuan, diantaranya ialah: Tafsir, Lughah, Nahu, syarf, Balaghah, Hadith, Sejarah dan lainnya”.

Aku menyampuk dengan berkata, “Ijtihad saya bukan untuk menunjukkan kepada manusia tentang hukum al-Quran dan Hadith nabi (saw), atau untuk menjadi imam kepada Mazhab yang baru. Bukan! Cuma yang saya ingin tahu adalah siapa yang benar dan siapa yang salah. Sebagai contoh, untuk mengetahui sama ada Imam Ali yang benar atau Muawiyah, saya tidak perlu untuk menguasai ketujuh belas cabang ilmu pengetahun. Apa yang perlu saya lakukan adalah mengkaji corak hidup dan perbuatan setiap dari mereka untuk mengetahui yang benar”.

Dia berkata, “Mengapa engkau mahu mengetahui semua itu?” “Ini adalah umat yang telah lama pergi; mereka akan mendapati apa yang mereka kerjakan, dan kamu akan dapati apa yang kamu kerjakan, dan kamu tidak akan dipanggil untuk menjawab apa yang mereka lakukan” [ 2:134]

Aku bertanya, “Bagaimana anda membacanya. Apakah La Tusaloon (kamu tidak akan diminta pertanggungjawaban) atau La Tas-aloon (jangan kamu tanya)”.

Dia menjawab, “Tentu La Tus-aloon”.

Aku berkata: Alhamdullilah. jika ayat tersebut dibaca dengan La Tas-aloon maka di sana kita dilarang supaya  tidak membuat penelitian. Namun kerana ianya ditulis dengan La Tus-Aloon, maka ianya bermaksud bahawa Allah (awj) tidak akan menghisab kita untuk atas apa yang mereka lakukan. Dan ini sesuai dengan firman Allah (awj), “Setiap diri bertanggungjawab atas apa yang diusahakannya” [74:38]. Dan juga Dia berfirman, “Dan bahawa seorang manusia tidak memperolehi melainkan apa yang diusahakannya” [53:39]

Dan Quran yang suci mengesa kita untuk mengetahui umat yang terdahulu, dan untuk mengambil pengajaran dari sejarah mereka.Allah telah memberitahu kita mengenai Firaun, Haman, Namrud, Quaroon, dan mengenai nabi-nabi terdahulu serta pengikut-pengikut mereka, bukan hanya untuk hiburan, tetapi untuk menunjukkan kepada kita apa yang haq dan apa yang batil.

Dan untuk pertanyaan anda, mengapa saya ingin mengetahui semuanya itu? Kerana ianya amat penting bagi saya untuk mengetahui semuanya itu. Pertama, untuk mengetahui siapa dia wali Allah, supaya saya dapat mewila’ (setia) mereka, dan untuk mengetahui siapa dia musuh-musuh Allah, supaya saya harus menentangnya, dan itulah permintaan Quran, atau pun kewajipan yang dipikulkan kepada kita.

Kedua, adalah amat mustahak bagi saya untuk mengetahui bagaimana saya harus menyembah Allah [bersolat] dan menghampirkan diri kepadaNya dengan semua fardhu yang diwajibkanNya, seperti cara yang Dia (awj) inginkan kita lakukan, bukan sebagaimana Malik atau Abu Hanifah atau sesiapa saja mujtahid-mujtahid  yang lain. Aku dapati bahawa Malik tidak memilih bacaan Basmallah(Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani) semasa solat, sedangkan Abu Hanifah menganggapnya sebagai sesuatu yang wajib.Yang lain mengatakan solat tidak sah tanpanya. Kerana solat adalah tiang agama, jika diterima amalan lain akan diterima; tetapi jika ianya ditolak, amalan lain akan ditolak. Makanya aku tidak mahu solatku ditolak. Shiah mengatakan bahawa semasa wudu’ kita hendaklah menyapu kaki dengan tangan kita yang basah, sedangkan Sunni berkata bahawa kita hendaklah membasuhnya. Tetapi apabila kita membaca Quran kita dapati, “Sapu tangan dan kaki kamu” ini adalah nyata mengenai sapu. Jadi bagaimana tanggapan tuan – anda inginkan seorang Muslim yang berfikiran rasional menerima pendapat yang satu sementara menolak yang lain tanpa suatu penelitian dan kajian?”

 Dia berkata, “Kamu boleh mengambil apa yang kamu suka dari setiap kepercayaan, kerana kesemuanya adalah kepercayaan Islam, dan kesemuanya datang dari Rasul Allah (saw)”

Aku  berkata, aku takut akan menjadi salah satu dari golongan  yang Allah nyatakan:”Maka adakah kamu lihat orang yang mengambil hawa nafsu menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya, kerana mengetahui, dan menutup pendengaran dan hatinya dan adakan tutupan diatas pemandangannya. Siapa yang dapat menunjukkinya sesudah Allah? Tidakkah kamu mengambil pelajaran?” [45:23]

Wahai tuan, saya tidak fikir bahawa keempat-empat Mazhab di dalam Islam itu betul, selagi satu darinya menghalalkan sesuatu sedangkan yang lain mengharamkannya; dan ia tidak boleh di terima akal bahawa suatu yang sama diperbolehkan dan ditegah pada masa yang sama. Rasul Allah (saw) tidak pernah berdebat dahulu sebelum menghuraikan hukum  ahkamnya, kerana ianya adalah wahyu dari al-Quran.Allah berfirman:”Dan jika sekiranya al-Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka akan dapati ikhtilaf (pertentangan) yang banyak di dalamnya” [4:82] Oleh kerana terlalu banyak pertentangannya diantara keempat-empat Mazhab di dalam Islam, maka ianya bukanlah dari Allah (awj) atau dari RasulNya (saw), kerana Rasul [saw] tidak mungkin bertentangan dengan al-Quran.

Apabila ulama’ (shaykh) itu mendapati penerangan saya logik (boleh diterima akal) dan nyata, dia berkata, “Saya nasihatkan awak, demi kerana Allah, bahawa bagaimana pun sekali keraguan awak, janganlah meragui keempat-empat khalifah rashidin, kerana mereka adalah keempat-empat tiang Islam, jika satu darinya runtuh, maka seluruh bangunan akan runtuh”

Aku berkata, “Astagfirullah. Tuan, jika mereka adalah tiang agama maka bagaimana pula dengan Rasul Allah (saw)?”

Dia berkata, “Rasul Allah (saw) itu adalah bangunannya, baginda adalah Islam keseluruhannya”

Saya tersenyum apabila saya mendengar penilaian ini, dan berkata, “Astagfirullah. Hai tuan, tanpa anda sedari tuan telah mengatakan bahawa Rasul Allah (saw) tidak dapat berdiri tanpa sokongan dari mereka berempat, sedangkan Allah (awj) berkata: Dia yang mengutuskan rasulNya dengan petunjuk dan agama yang hak, supaya agama itu mengalahkan semua agama. Dan Allah cukup menjadi saksi” [48:28]

Dia mengutus Muhammad dengan pengkhabaran dan tidak melibatkan mana-mana yang empat itu, atau sesiapa pun, dan dalam hal ini Allah berfirman: Sebagaimana kami telah menghantar diantara kamu seorang rasul yang akan membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, membersihkan kamu dan mengajarkan kitab dan hikmah kepada kamu dan apa-apa yang kamu belum tahu” [2:151]

Dia berkata, “Inilah yang kami telah pelajari dari guru agama kami dahulu, dan kami tidak mempertikaikan mengenai apa yang telah diajari kepada kami oleh mereka, sebagaimana kamu generasi baru sekarang. Kamu meragui segalanya, termasuk agama itu sendiri. Ini adalah di antara  tanda-tanda Hari Kiamat. Rasul Allah (saw) bersabda: Hari Kamat tidak akan muncul melainkan pada zaman makhluk yang paling jahat”.

Aku berkata, “Tuan, mengapa mesti marah. Aku berlindung kepada Allah daripada sikap ragu terhadap agama atua membuat keraguan di dalamanya. Aku beriman kepada Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, kepada malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan semua RasulNya. Aku beriman bahawa Sayyidina Muhammad adalah hamba dan RasulNya dan rasul yang terakhir, dan bahawa aku adalah seorang Muslim. Jadi bagaimana kamuanda menuduh saya dengan semua itu?”

Dia berkata, “Saya patutu menuduh andadengan yang lebih dari itu, kerana kamu meragui Sayyidina Abu Bakar dan Umar. Sedangkan Rasul Allah (saw) yang suci bersabda: Jika keimanan ummatku dan keimanan Abu Bakar diletak diatas neraca, adalah keimanan Abu Bakar itu lebih berat timbangannya. Rasul (saw) juga berkata sebagai penghormatan kepada Umar: Aku pernah  ditunjukkan kepada ummatku, dan setiap mereka memakai baju yang panjang tetapi tidak sampai menutup dada, dan aku ditunjukkan kepada Umar dan dia sedang mengheret bajunya. Sahabat bertanya: apa takwilnya (tafsirnya) wahai Rasulullah? Nabi menjawab: Agama. Tiba-tiba kamu datang hari ini, didalam abad keempat belas [hijri] dan meragui kebenaran para sahabat dan terutama Abu Bakr dan Umar. Tidakkah kamu ketahui bahawa penduduk Iraq, adalah manusia yang berpecah belah, kafir dan munafik!”

Apa yang boleh aku katakan kepada orang ini, yang mengaku berpengetahuan dan ulama ini. Majlis yang tadinya berjalan dengan cara perdebatan yang baik kini berubah menjadi semacam tuduhan dan luahan emosi di hadapan sekumpulan hadirin yang mengkaguminya. Aku lihat bahawa wajah-wajah mereka merah dan mata-mata mereka terbeliak menunjukkan sikap protes. Tiada cara lain, aku segera pergi ke rumah dan mengambil kitab al-Muwatta karya Imam Malik dan kitab Sahih al-Bukhari. Kemudian aku katakan kepadanya, “Tuan, apa yang membuat aku meragui Abu Bakar adalah Rasul Allah (saw) itu sendiri”.

Lalu aku membuka al-Muwatta dan membaca suatu riwayat yang bermaksud Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda kepada para syuhuda Uhud, “Aku menjadi saksi bagi mereka”. Kemudian Abu Bakar bertanya, “Ya Rasulullah, tidakkah kami saudara-saudara mereka? Tidakkah kami menjadi Muslim sebagaimana mereka? Tidakkah kami berjihad sebagaimana mereka?” Rasulullah(saw) menjawab, “Ya, tetapi aku tidak tahu apa yang akan kamu lakukan sesudah aku”.Setelah mendengarkan itu, Abu Bakr menangis tersedu-sedu dan berkata, “Kami melakukan banyak perkara setelah kamu pergi”[57].

Selepas itu saya membuka sahih al-Bukhari dan membaca: Suatu ketika Umar ibn al-Khattab pergi menemui Hafsah dan mendapati bersamanya Asma bint Umays. Apabila Umar melihatnya dia bertanya, “Siapakah dia?” Hafsah menjawab, “Asma bint Umays”. Umar berkata, “Adakah dia orang Habsyah itu? Orang laut itu?” Asma’ menjawab, “Ya”. Umar berkata, “Kami berhijrah sebelum kamu, maka kami lebih berhak kepada rasul Allah dari kamu”. Asma’ menjadi amat marah, lalu dia berkata: “Tidak demi Allah, kamu berada bersama Nabi.Diberinya kamu makan, dan diajarkannya kamu; sedangkan kami dibumi asing, di Habsyah kerana Allah dan RasulNya semata-mata, dan setiap kali saya makan atau minum apa saja, saya teringat akan Rasul Allah [saw]. Kami dahulunya diganggu dan ditakut-takutkan. Demi Allah, saya akan nyatakan ini kepada Nabi dan akanku tanya tanpa aku berdusta, menambah atau mengurangkan dari duduk perkara”.

Ketika Asma’ datang kepada Nabi, dia bertanya,”Ya Nabi Allah, Umar nyatakan begini dan begini”. Baginda bertanya, “Apa yang kamu katakan kepadanya?” Asma menjawab, “begini dan begini”. Baginda menjawab, “Dia tidak lebih berhak ke atasku lebih daripada kamu”. Dia dan para sahabatnya mempunyai satu hijrah, tetapi kamu, penghuni bahtera, mempunyai dua kali hijrah”. Asma’ berkata, “Saya mendapati Abu Musa dan kawan-kawan sekapal datang menemui saya dalam berkumpulan dan bertanya saya mengenai sabda Nabi tersebut, dan mereka merasa gembira dengan apa yang diucapkan oleh baginda terhadap mereka [58].”

Setelah selesai membacakan hadith, terlihat perubahan pada wajah ulama’ dan para hadirin, mereka saling berpandangan dan menunggu reaksi sang guru yang mati dalil. Apa yang dapat dilakukannya adalah mengangkat kening, sebagai tanda hairan dan kemudian berkata, “Katakanlah,Ya Allah, tambahkan untukku ilmu pengetahuan”.

Aku berkata, “Jika Rasul Allah, adalah yang pertama untuk meragui Abu Bakar, dan tidak menjadi saksi baginya, kerana rasul Allah tidak tahu apa yang akan terjadi selepas dirinya; dan jika rasul Allah tidak setuju dengan keutamaan Umar terhadap Asma bint Umays, tetapi mengutamakan Asma daripada Umar; maka ini adalah didalam lingkungan hak saya untuk meragui dan tidak mempunyai keutamaan terhadap sesiapapun sehingga kebenaran itu nampak jelas dan aku ketahui dengan pasti.. Dan jelas sekali bahawa dua hadith ini bertentangan dan menafikan segala hadith yang menyatakan keutamaan Abu Bakr dan Umar, kerana ianya lebih hampir kepada fakta yang diterima akal berbanding dengan hadith-hadith keutamaan yang diduga itu”.

Para hadirin berkata, “Bagaimana maksudnya?” Aku menjawab,”Rasul Allah tidak menjadi saksi bagi Abu Bakar”. Baginda bersabda: Aku tidak tahu apa yang akan mereka lakukan sepeninggalanku kelak”. Ianya adalah logik [boleh diterima akal].Sejarah telah membuktikannya, dan al-Quran yang suci dan sejarah menjadi saksi bahawa mereka telah melakukan perubahan selepas Nabi. Kerana itulah Abu Bakr menangis, kerana dia telah berubah dan membuat Fatimah al-Zahra marah, puteri Nabi marah, sabagaimana kami terangkan dahulu, dan dia berubah sehingga dia menyesal dan berangan-angan untuk tidak menjadi manusia.

Dan bagi hadith: Jika iman ummat ku dan imannya Abu Bakr diletak diatas timbangan, imannya Abu Bakr adalah lebih berat,” ianya tidak betul dan tidak munasabah. Ianya tidak mungkin untuk iman seorang, yang telah menghabiskan empat puluh tahun umurnya didalam mempercayai banyak tuhan dan menyembah berhala, menjadi amat berat dari imannya segala ummat Muhammad, yang mempunyai para wali Allah yang solihin, syuhada, dan para Imam, yang menghabiskan masa hidupnya di dalam berjihad di jalan Allah SWT.Bagaimana Abu Bakr boleh sesuai dengan maksud hadith ini? Jika ianya sahih, dia tidak akan, dihari kemudiannya berangan-angan untuk tidak menjadi  sebagai seorang manusia. Lebih-lebih lagi, jika keimanannya lebih tinggi dari iman Fatimah az-Zahra, pemuka wanita alam semesta (Sayyidati Nisa Fil-Alamin) maka puteri Rasul itu tentu tidak akan marah kepadanya atau mendoakan keburukan kepadanya”.

Orang alim  itu tidak berkata apa-apa, tetapi sebahagian dari hadirin berkata, “Demi Allah1 Hadith ini membuat kami ragu” Maka ulama’ itu berkata kepada saya, “Adakah ini yang kamu mahu? Kamu telah membuat mereka ini meragui agama mereka” Memadailah bagi saya, seorang dari para hadirin menjawab dengan berkata, “Tidak, dia benar, kami tidak pernah membaca keseluruhan buku itu didalam hidup kami, kami mengikut kamu membuta tuli dan tanpa sebarang bantahan, dan sekarang telah nampak oleh kami bahawa apa yang al-Hajj katakan adalah benar, dan adalah tugas kami untuk membaca dan menyelidik!” Mereka yang lainnya bersetuju dengan beliau, dan itu adalah kejayaan bagi kebenaran dan keadilan. Ianya bukanlah kejayaan dengan kekerasan, tetapi oleh fikiran yang logik dan pembuktian. Allah berkata, “Katakan, bawalah hujah-hujah kamu, jika memang kamu orang-orang yang benar” [27:64].

Aku lanjutkan penelitianku dengan cara yang sangat cermat sepanjang tiga tahun lagi. Aku ulangi segala yang aku baca dari awal hingga akhir. Aku baca buku al-Muruja’at (Dialog Sunnah-Syiah) karya Imam Syarafuddin, dan aku ulangi berkali-kali. Ia telah membuka luas wawasanku dan menyebabkanku mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah SWT serta cinta kepada Ahlul Bayt AS.

Aku juga membaca kitab al-Ghadir karya Syaikha al-Amini dan aku ulangi sebanyak tiga kali lantaran isinya yang sangat padat, tepat dan jelas sekali. Juga kitab Fadak Karya Sayyid Muhammad Baqir as-Sadr dan kitab as-Saqifah karya Syaikh Muhammad Ridha al-Muzaffar. Dari dua buah buku ini aku temukan berbagai jawapan yang sangat memuaskan. Juga aku baca kitab as-Nas wal-Ijtihad yang menambahkan lagi keyakinanku. Kemudian kitab Abu Hurairah karya Syarafuddin juga, dan Syaikh al-Mudhirah karya Syaikh Mahmud Abu Rayyah al-Misri. Dari sana aku baru mengetahui bahawa sahabat yang melakukan perubahan setelah zaman Rasulullah ada dua kategori. Pertama, yang merubah hukum dengan kekuasaan yang dimilikinya; kedua, yang merubah hukum dengan meletakkan berbagai hadith palsu yang dinisbahkan kepada Rasul SAWA.

Kemudian aku baca kitab al-Imam as-Sadiq wal Mazahib al-Arba’ah karya Asad Haidar. Dari sana aku kenal perbezaan antara ilmu mauhub (yang dikurniakan) dan ilmu maksub (yang dipelajari). Dari situ juga aku baru tahu perbezaan antara Hikmah yang Allah berikan kepada orang yang Dia kehendaki, dan dari sikap berlagak berilmu, dan berijtihad dengan pendapat peribadi yang menjauhkan ummat ini dari jiwa Islam yang sebenarnya.
 

Aku membaca juga berbagai buku karya Sayyid Ja’far Murtadha al-Amili, Sayyid Murtadha al-Askari, Sayyid al-Khui, Thabatabai, Syaikh Muhammad Amin Zainuddin, Fairuz Abadi, karya Ibnu Abil Hadid al-Mu’tazili dalam bukunya Syarah Nahjul Balaghah, Taha Husayn dalam bukunya al-Fitnah al-Kubra. Dari buku sejarah aku baca kitab Tarikh al-Tabari, Tarikh Ibnul Athir, Tarikh al-Masudi dan Tarikh al-Ya’qubi. Dan banyak lagi buku-buku lain yang aku baca sehingga aku merasa betul-betul puas bahawa Syiah Imamiyyah ini adalah yang benar. Dari situ kemudiannya aku mengikut Madzhab Syiah, dan dengan rahmat Allah aku mengikut Bahtera Ahlul Bayt serta aku pegang erat-erat tali wila’ mereka kerana aku dapati Alhamdulillah, merekalah sebaga alternatif dari sebahagian sahabat yang terbukti kepadaku telah berbalik ke belakang, dan tiada yang terselamat melainkan sekelompok kecil sahaja. Kini aku menggantikan mereka dengan Ahlul Bayt Nabi yang telah Allah bersihkan mereka dari segala dosa dan disucikan mereka dengan sesuci-sucinya, bahkan diwajibkan kepada seluruh ummat manusia untuk mencintai mereka.
 
Shia bukanlah, sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian dari ulama’ kita, orang Farsi dan Majusi yang mana kuasa dan kebanggaan mereka telah dihancurkan oleh Umar didalam peperangan al-Qadisiyyah, dan itulah sebabnya mereka membenci Umar!

Jawapan saya kepada itu bagi mereka yang tidak tahu adalah bahawa Syiah Ahlul Bayt tidak terhad kepada orang-orang Farsi sahaja, kerana terdapat Shiah di Iraq, Hijaz, Syria, Lebanon, dan kesemuanya adalah Arab. Sebagai tambahan kepada itu, terdapat juga Shiah di Pakistan, India, America, dan kesemuanya ini bukanlah dari bangsa Arab ataupun Farsi.

Jika kita bataskan Shiah hanya bagi Iran sahaja, maka hujah kita akan  menjadi lebih kuat lagi kerana saya dapati bahawa orang Farsi mempercayai didalam kepimpinan dua belas Imam, dimana kesemuanya adalah Arab dari Quraysh dari Bani Hashim, keluarga rasul. Jika orang Farsi mempunyai sikap fanatik dan membenci orang Arab, sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian mereka [ulama’ Sunni], tentu mereka telah mengambil Salman al-Farisi sebagai Imam mereka, kerana beliau adalah sahabat yang agung dan dihormati oleh Shia dan Sunni. Disebaliknya pula saya dapati bahawa kebanyakkan imam-imam Sunni yang utama adalah orang Farsi, seperti Abu Hanifah, al-Nisa’i, al-Tirmidhi, al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah, al-Ghazali, Ibn Sina, al-Farabi dan banyak lagi. Jika Syiah berasal dari Farsi, lalu mereka membenci Umar yang telah menghancurkan keagungan mereka dahulu, jadi bagaimana kita menerangkan penolakan terhadap Umar oleh orang-orang Syiah Arab yang bukan Farsi? Itu suatu contoh dakwaan tanpa dalil. Penolakan terhadap Umar adalah  kerana peranannya didalam menyingkirkan Amirul Mukminin, Ali ibn Abi Talib, dari khalifah setelah pemergian rasul, dan kerana peperangan saudara yang trajis dan jatuhnya suatu ummah. Bagi seorang peneliti yang ohjektif dan rasional, memang dia akan mengambil sikap sedemikian jika tabir sejarah yang menutupinya terungkap, tanpa perlu memiliki rasa permusuhan sebelumnya.

Adalah benar bahawa Shiah, sama ada mereka itu Arab atau Farsi atau apa juga bangsanya, tunduk kepada nas-nas al-Qur’an dan Hadith Nabawi. Mereka patuh pada imam-imam yang menunjukkan mereka jalan yang lurus. Mereka tidak rela dengan selain daripada mereka (Ahlul Bayt as) walaupun dengan polisi paksaan dari Umayyah dan kemudian Abbasiyyah selama tujuh abad. Dimasa itu, mereka memburu Shiah dimana sahaja; mereka membunuhnya; mereka jadikanya tanpa kediaman; mereka menafikan hak-haknya dari Baitul Mal dan mereka dilemparkan dengan berbagai tuduhan dan tohmahan yang menimbulkan rasa marah orang kepada mereka sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun orang-orang Shiah tetap kukuh dengan pendirian mereka. Mereka bersabar dan dan memegang erat kebenaran yang dipercayai mereka tanpa memperdulikan cacian sesiapa pun. Dan nilai kekukuhan ini memang mereka nikmati  sehingga kehari ini. Saya mencabar mana-mana ulama’ kita untuk berdiskusidengan ulama’ mereka. Tentu mereka keluar setelah itu sebagai seorang yang mendapatkan bimbingan.

Kini, aku telah menjumpai pilihan yang lain, dan syukur kepada Allah yang memanduku kepadanya, kerana aku tidak akan sampai kesana tanpa bimbinganNya. Syukur dan puji bagi Allah yang telah memandu saya kepada golongan yang selamat, yang mana saya mencarinya dengan bersungguh-sungguh.

Saya tidak mempunyai keraguan bahawa mereka berpegang pada kepada Ali dan Ahl al-Bayt yang bermakna mereka telah berpegang pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus selama-lamanya. Terdapat banyak bukti dari nas Nabi yangdisepakati oleh semua Muslim. Dan akal sahaja sebenarnya sudah cukup sebagai bukti bagi sesiapa juga yang bijak dan teliti. Ijmak umat mengatakan bahawa Ali adalah sahabat yang paling berpengetahuan dan tentunya yang paling berani.Dua ini sahaja telah cukup sebagai bukti akan keutamaan Ali dibandingkan dengan orang lain atas hak khilafah.Allah (awj) berfirman: “Berkata nabi mereka kepada mereka: Sesungguhnya Allah telah mengutus Thalut menjadi raja untukmu. Berkata mereka itu: Bagaimanakah ia menjadi raja diatas kami, sedang kami lebih patut menjadi raja daripadanya, dan dia tidak mempunyai harta yang banyak? Berkata nabi: Sesungguhnya Allah telah memilih dia diantara kamu, serta menambahinya dengan ilmu yang luas dan tubuh yang kuat dan Allah memberikan kerajaanNya kepada siapa yang dikehendakkiNya dan Allah Maha Luas kurniaNya dan Lagi  Maha Mengetahui [2:247]

Dan Rasul Allah (saw) bersabda, “Sesungguhnya Ali adalah dariku, dan aku adalah dari Ali, dan dia adalah wali bagi setiap mukmin selepasku [59].”

Al-Zamakhshari berkata didalam sebahagian dari syairnya:

Telah banyak keraguan dan perselisihan
Semua mendakwa berada di jalan yang lurus
Aku pegang erat-erat dengan Laila Ha illa-Llah
Dan cinta kepada Ahmad dan Ali
Telah selamat anjing lantaran cinta kepada Penghuni Gua
Bagaimana aku akan celaka dengan cinta pada keluarga Nabi

Alhamdulillah, kini aku telah menemui alternatif. Selepas Rasulullah aku menjadi pengikut Amirul Mukminin, Singa Allah al-Ghalib al-Imam Ali ibn Abi Talib, juga kepada kedua-dua pemuka pemuda-pemuda disyurga cahaya mata Nabi, al-Imam Abu Muhammad al-Hasan al-Zaki dan Imam Abu Abdullah al-Husayn; dan juga kepada darah dagingnya baginda Rasulullah SAWA ibu kepada zuriat Nubuwwah, ibu kepada seluruh imam, sumber Risalah dan Allah, yang mana Allah marah kerana kemarahannya, wanita alam semesta, Sayyidah Fatimah al-Zahra AS.

Aku telah menukar Imam Malik, dengan gurunya para imam, dan guru kepada ummah keseluruhan, Imam Ja’far al-Sadiq AS. Aku berpegang kepada sembilan imam yang maksum dari zuriat Husayn AS, imam-imamnya kaum Muslimin dan wali-wali Allah as-Solihin.

Aku juga telah menukarkan para sahabat yang berpaling seperti Muawiyah, Amr ibn al-As, al-Mughira ibn Shu’bah, Abu Hurayrah, Ikrimah, Ka’b al-Ahbar dan yang lainnya kepada para sahabat yang bersyukur kepada Tuhannya, dan tidak pernah memungkiri janji yang telah diberikan kepada Rasul Allah seperti Ammar ibn Yasir, Salman al-Farisi, Abu Dharr al-Ghafiri, al-Miqdad ibn al-Aswad, Khuzayma ibn Thabit – dhu al-Shahadatain, Ubay bin Ka’ab dan yang lainnya.Segala puji bagi Allah di atas petunjukNya.

Aku juga telah menukar para ulama tempatku yang telah menjumudkan akal-akal kami yang kebanyakannya mengikut para penguasa di setiap zaman dengan ulama-ulama Syiah yang solihin, yang tidak pernah menutup pintu ijtihad, tidak pernah merasa hina atau meminta kasihan dari pemimpin-pemimpin yang zalim ini.

Ya, aku telah menukar alam fikiranku yang sempit dan taksub, yang percaya dengan berbagai khurafat dan kontradiktif dengan alam fikiran yang cerah, terbuka, bebas dan percaya pada setiap dalil dan hujah. Atas dengan kata lain, aku telah membasuh otakku dari daki-daki kesesatan Bani Umaiyyah yang telah membekas sepanjang tiga puluh tahun, dan kini mensucikannya dengan aqidah orang-orang yang maksum yang Allah bersihkan mereka dari segala dosa dan mensucikan  mereka dengan sesuci-sucinya.

Ya, Allah. Hidupkanlah kami di atas agama mereka. Matikan kami di atas sunnah mereka. Bangkitkanlah kami bersama-sama mereka. Kerana NabiMu telah bersabda,”Seseorang kelak akan dibangkitkan dengan orang-orang yang dicintainya”.

Dengan demikian maka aku kini kembali ke akar umbi asalku. Ayah dan paman-pamanku dahulu pernah mengatakan kepada kami bahawa asal mulanya kami adalah dari golongan sayyid-sayyid yang lari dari Iraq lantaran tekanan Bani Abbasiyyah. Kemudian meminta perlindungan di Afrika Utara sehingga akhirnya menetap di Tunisia yang sehingga kini masih meninggalkan bekas-bekas sejarah. Di Afrika Utara sendiri banyak as-Asyraf lantaran keturunannya dari salasilah Ahlul Bayt yang suci. Namun mereka telah banyak yang tenggelam dalam kesesatan Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyyah. Tiada tersisa dari mereka suatu kebenaran sedikitpun melainkan sikap hormat dan penuh takzim yang ditunjukkan orang ramai kepada mereka sahaja. Segala puji bagi Allah kerana hidayahNya ini. Segala puji bagi Allah kerana petunjukNya kepadaku ini dan kerana dibukakanNya mataku dan pemahamanku untuk mengetahui suatu kebenaran.

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s